| Johari Jaafar |
| IPOH: Bermula daripada tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menipu dan berbohong kepada penduduk kononnya calon adalah anak tempatan sehingga ke hari ini, pemimpin Umno dan BN sudah tidak ada modal untuk berkempen secara demokrasi di dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
“Tidak tahulah dia belajar di mana dengan menafsirkan nama calon BN adalah gabungan dari nama Melayu iaitu Kamal, Cina (Alan) dan India (Nanthan). “Rasanya budak sekolah rendah juga tergelak besar kepada menteri yang jaga sekolahnya itu bila tiba-tiba Muhyiddin menafsirkan Kamalanathan yang kononya mencerminkan 1Malaysia dari namanya itu,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri. Katanya, lebih seronok kalau Muhyiddin menawarkan kepada pengundi di Hulu Selangor untuk menjadikan Kamalanathan sebagai maskot 1Malaysia. “Mana tahu kalau ada yang tertarik,” ujarnya sinis. Ini, katanya jelas menunjukkan BN sekarang tidak ada modal kempen apabila pengarah pilihan rayanya itu tidak bercakap tentang misi dan visi masa depan Hulu Selangor yang akan dibawa oleh calonnya tetapi bercakap mengenai perkara remeh temeh dan tafsiran yang karut. Tambahan pula, kata beliau sekiranya benar nama 1Malaysia ada kepada calon BN, kenapa tidak cuba tafsirkan nama pengasas 1Malaysia iaitu Najib sendiri. “Setakat ini saya tidak ada idea untuk menafsirkan, dan kita serah kepada Muhyiddin untuk menfsirkannya, dia pakar dalam bidang itu,” katanya. Selain itu, tambahnya serangan peribadi yang melampau kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menggambarkan BN sudah tidak ada modal. Menurutnya, mempersoalkan calon PR yang dituduh tanpa bukti meminum arak seperti yang disebutkan oleh Mohd Ali Rustam semalam adalah sesuatu yang sangat malang dalam majlis kempen terbuka BN. Ini, katanya kerana tindakan menyerang peribadi adalah tindakan orang yang sudah hilang maruah dan jati diri di mana Islampun melarang perkara sedemikian. “Berapa ramaikah pemimpin Pakatan Rakyat yang minum arak berbanding dengan pemimpin Umno dan BN? Kalau soalan ini ditanyakan kepada orang yang masih waras pemikirannya pasti jawapannya saudara juga boleh menjawabnya,” ujarnya. Katanya lagi, kalau begitulah cara kempen BN sejak awal setelah penamaan calon, nampaknya BN sudah menunjukkan ianya sudah tidak ada modal untuk berkempen apalagi untuk memajukan rakyat di Hulu Selangor. Ini, katanya ternyata PR masih konsisten dengan kempen yang bertenaga dan menawarkan sesuatu untuk membela nasib rakyat di Hulu Selangor. Kesabaran dan kesungguhan seluruh jentera Pakatan Rakyat daripada PKR, PAS dan DAP untuk memenangkan calonnya adalah atas dasar tawaran bahawa kita mesti melakukan perubahan besar dan ianya mestilah bermula di Hulu Selangor. Beliau yang juga Adun Titi Serong berakat, ianya diyakini mampu dilaksanakan oleh Zaid Ibrahim. “Semoga kita tidak mengikut trend BN yang menyerang peribadi calon dan pemimpin PR,” katanya. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 19 April 2010
Umno/BN tiada modal kempen cara demokrasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan