| Hazlan Zakaria | |||
| |
Beliau dijangka akan mengemukakan butiran MBE itu sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pada 10 Jun ini di parlimen.Najib juga berkata RMK-10 yang akan dibentangkan nanti akan mengandungi elemen berdasarkan pada Model Baru Ekonomi (MBE).
Ditanya mengenai bantahan terhadap MBE itu, Najib berkata: "Dia bagi pandangan dia (yang) tertentu. Nanti tunggulah saya buat ucapan dulu (pembentangan RMK-10)."
Tambahnya, elemen MBE itu akan dimasukkan dalam rangka tindakan atau 'blueprint' yang akan dilaksankan sepanjang 2011 hingga 2015.
Bila ditanya mengenai butirannya, Najib memberitahu wartawan supaya menunggu ucapannya ketika pembentangan RMK-10 apabila parlimen mula bersidang semula Isnin depan.
Beliau tidak mahu menghurai lanjut berhubung perkara itu.
MPM yang mewakili 76 NGO Melayu pada Sabtu lalu, sebulat suara pada Kongres Ekonomi Bumiputera (gambar atas) memberitahu Najib pada sessi penutup bahawa mereka menolak MBE.
Lebih seribu perwakilan menghadiri kongres pada hujung minggu itu.
Mereka meluluskan 33 resolusi yang menentang pelaksanaan MBE dan menyerahkan sesalinan bantahan itu kepada Najib semasa upacara penutup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan