KUALA LUMPUR: Kerajaan akhirnya memutuskan bahawa Ascot Sports Sdn Bhd tidak akan diberikan lesen bagi menjalankan operasi pertaruhan bolasepak.
Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi.
"Kerajaan mengambil keputusan tidak akan mengeluarkan lesen perjudian bolasepak kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd. Keputusan itu disokong sepenuhnya oleh MT dalam mesyuarat malam ini.
"Walaupun ada pihak yang sokong dan ada pihak yang menentang... tapi setelah kita ambil kita pelbagai aspek, jelas sekali bahawa sebahagian besar daripada rakyat tidak bersetuju lesen perjudian berkenaan dikeluarkan," katanya.
Najib yang juga Presiden Umno berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira soal kepentingan agama dan politik.
"Ini bukan soal (kepentingan) sosial ataupun ekonomi... tapi pertimbangan ini dari segi agama dan politik," katanya.
Menurut Najib, syarikat berkenaan telahpun dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan itu.
12 ulasan:
nampaknya lesen judi bola tidak diluluskan. ini merupakan satu keputusan yang baik, nampaknya PM kita memang prihatin dengan suara rakyat.
ini adalah keputasan kerajaan. kerajaan menerima bantahan dari pelbagai pihak. RAKYAT DIUTAMAKAN< PENCAPAIAN DIDAHULUKAN.. jadi suara rakyat didengar oleh kerajaan. jadi kerajaan tidak akan membuat keputusan sekiranya rakyat tidak suka.
satu keputusan yang baik, lesen judi tak diluluskan, nampaknya hal ini dah selesai, harap tak ada pihak cuba nak membangkitkan isu ini lagi.
rakyat mungkin gembira dengan keputusan yang diberikan oleh kerajaan.
akhirnya..judi bola tidak diluluskan..hehehee kerajaan memang mementingkan suara rakyat. terima kasih kerajaan..
lesen judi bola memang dibantah oleh rakyat, akhirnya PM mengumunkan bahawa tiada lesen judi bola yang diluluskan, nampak suara rakyt didengari. bagaimanapun, kerajaan harus berusaha untuk membanteras kegiatan judi semasa piala dunia bola sepak berlangsung.
Ini adalah keputusan yang baik. Moga2x isu ini tidak akan dibangkit lagi.
akhirnya kerajaan mengambil langkah yang menyebelahi suara majoriti rakyat.. inilah yang sepatutnya dilakukan sebelum membuat keputusan. tahniah
kalau lesen judi bola tidak diluluskan, harus ada peraturan yang jelas bagi memberkas semua kegiatan ini
saya harap isu pemberian lesen judi bola ni tidak diperpanjangkan dan harus ada keputusan mantap yang boleh digunapakai oleh semua penggiat sukan ini. saya dan ramai lagi sebenarnya amat bosan melihat pertelagahan tentang lesen ini dipolitikkan
jika isu ini dipolitikkan oleh pelbagai pihak, ia adalah sangat tidak matang dan kebudak-budakkan. Yang kita nak bantu ialah orang yang terjebak dengan kegiatan haram ni bukannya mendengar hujah dan leteran orang2 BN atau PKR atau PAS.
Baguslah.. kan ini yang rakyat mahu.. 1Malaysia jugalah yang paling best... hehee
Catat Ulasan