KOTA KINABALU: Kontraktor-kontraktor tempatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyuarakan bantahan apabila mendapati seorang pegawai tinggi di Pejabat Pembangunan dan Penyelenggaraan UMS juga menjalankan kerja kontrak universiti itu melalui syarikatnya sendiri.
Para kontraktor itu mendakwa wujud persaingan tidak sihat termasuk pertembungan kepentingan sejak pegawai itu diberi tugas memantau pelaksanaan semua projek di UMS.
"Jelas terdapat konflik kepentingan di sini. Bagaimana mungkin seorang yang bertanggungjawab untuk menentukan sesuatu projek untuk UMS, pada masa yang sama juga memiliki syarikatnya sendiri menjalankan projek-projek di UMS? soal kontraktor-kontraktor itu yang enggan mendedahkan identiti mereka.
Satu pemeriksaan yang dibuat di Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia (CCM) menunjukkan pegawai itu memegang 80% saham dalam syarikat perundingan swasta, yang didakwa juga mempunyai kontrak dengan UMS.
Para kontraktor itu mendesak pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan CCM, termasuk Kementerian Pengajian Tinggi, untuk menyiasat perkara ini.
"Apa yang membimbangkan kami ialah di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), UMS menerima peruntukan projek pembangunan bernilai RM1 bilion.
Kontraktor tempatan yang layak seperti kami tidak akan mendapat peluang yang sama rata untuk mendapatkan projek-projek ini," kata mereka.
"Adakah jaminan bahawa seseorang individu itu tidak akan mengambil kesempatan dari kuasa yang dimiliki untuk membuat keputusan untuk memastikan syarikatnya mendapat projek-projek itu," soal mereka.
Naib Canselor UMS Profesor Kamaruzaman Ampon tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
9 ulasan:
adalah tdak mungkin seorang yang bertanggungjawab untuk menentukan sesuatu projek untuk UMS memiliki syarikatnya sendiri menjalankan projek-projek di UMS.perkara ini perlu disiasat dgn segera.
perkara ini harus disiasat dengan segera..hak serta kepentingan kontraktor2 tempatan ini harus dipertahankan..
ini kira sesuatu yang tidak adil, walau apa pun pihak berkuasa akan cuba menyiasat perkara ini terlebih dahulu untuk memastikan kebenaran dalam kes ini.
memang patut disiasat untuk kepentingan kontraktor yang lain. bukan hanya orang yang sama dapat. ini memang tidak adil kalau difikirkan. oleh itu, pihak berkuasa haruslah mencari dimana silap smua ini.
siasatan perlu dilakukan, jika terdapat unsur2 penyelewangan atau rasuah, SPRM perlu mengambil tindakan.
Pandai pandailah mereka buat projek...
Uiiks betul ka ni.. adii memang patut oo hal ni disiasat utk pastikan dakwaan tu betul atau sebaliknya.
Saya harap para kontraktor tu jangan asyik desak saja. Buatlah aduan secara rasmi dan bagi bukti, supaya hal ni dapat diselesaikan segera. Kata orang berani kerana benar, so apa mau takut. hehhee
Apapun saya harap hal ni mendapat perhatian sewajarnya bagi memastikan semua kontraktor diperlakukan dengan adil. Yang penting lagi, hal ni harus diselesaikan cepat supaya tak dimanipulasi oleh mana2 pihak yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Catat Ulasan