HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Jun 2010

LIMA TAHUN SEKALI DAPAT RM50?

Oleh : KREW SABAHKINI.NET


KERJA politik bukan semudah 'cakap' kalau tidak cekal hati dengan niat ikhlas turun padang menemui rakyat berkongsi derita mereka di kampong-kampung bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Jika rakyat tidak didekati, manakan tahu apa derita dalam hatinya?

Mereka yang tinggal terpencil di pedalaman Sabah yang sudah turun menurun selama tiga generasi semakin malang dan tidak pernah mengecap nikmat kemerdekaan kerana tidak mempunyai tanah walau sekangkang kera.

Nasib mereka tidak terbela dalam keadaan rumah usang mereka yang hampir roboh sedangkan YB-YB BN terus berdendang dan menabur garam di dada rakyat yang luka parah.

"Mana sudah janji keramat YB-YB BN ketika berkempen PRU12 di kampung ini? Tidak hairan kalau mereka datang lagi kerana dekat sudah berakhir tempoh mereka menjadi YB, maka mereka perlu khidmat undi dari kami lagi macam lagu 'tipah tertipu lagi',” keluh seorang ibu, Ramah Bte Kuit ketika dilawati oleh rombongan Info & Komunikasi PKR Sabah yang diketuai oleh Datuk Halik Zaman di rumahnya di Kuala Tomani, Tenom, Sabah.

Dalam pada itu, Ketua Cabang PKR Tenom, Gonsibin Yasundang mengatakan. tidak ada jalan singkat untuk mengatasi masalah rakyat selain menukar Kerajaan Pusat Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

"Lihatlah sendiri rumah berlantai dan dinding bambu ini. Ada rumah pun yang baik sikit kelihatan ia adalah rumah dipunyai oleh orang kanan YB. Nasib kami ini bagaimana? Kalau tidak ditukar Kerajaan BN ini mungkin kami cuma harap lima tahun sekali baru dapat RM50 sahaja, RM50 itu bolehkah cukup untuk menampung hidup kami untuk 5 tahun?" kata seorang penduduk lagi, Danil B. Ural.

Manakala Jimi B. Manggi pula berharap sangat jika Pakatan Rakyat mengambil alih pucuk pimpinan Kerajaan Pusat dalam PRU13 nanti, mereka hanya mahukan tiga ekar tanah sahaja untuk bercucuk tanam.

“Kerajaan BN layan kami seolah-olah sebagai pendatang asing di negeri kami sendiri,” ujar Jimi yang sudah jemu memohon tanah kerana karenah birokrasi dan rasuah yang menjadi-jadi di Jabatan Tanah tidak memungkinkan penduduk kampung sepertinya mendapat walau seinci tanah selagi Sabah diperintah BN.

14 ulasan:

tombolo berkata...

harap wakil rakyat kawasan tersebut akan tampil untuk mendengar masalah rakyat. jgn biarkan pembangkang mengambil kesempatan!

Tanpa Nama berkata...

wakil rakyat seharusnya menunaikan janji2 mereka. jika tidak, sokongan rkyat akan berbelah bagi!

jsiput berkata...

Diharapkan wakil rakyat akan turun padang untuk mendengar masalah rakyat dan mencari jalan penyelesaian. Segala janji2x harus dikotakan. Walaubagaimanapun, rakyat tidak harus bergantung kepada kerajaan sahaja. Rakyat perlulah berusaha sendiri untuk mendapat duit.

Unknown berkata...

suara rakyat haruslah didengar oleh pihak tertentu. jangan biarkan rakyat terseksa.

Unknown berkata...

Pemimpin haruslah ambil berat terhadap rakyat. jangan buat tidak tahu saja dengan rakyat. selalulah turun padang untuk menanyakan khabar rakyat.

Boten_Trish berkata...

Do as you have promise to the people or face the music in this coming General Election.

Unknown berkata...

Janji yang diberi patut dikotakan demi kepentingan rakyat. Jika tidak, pembangkang akan mengambil kesempatan terhadap situasi ini.

Unknown berkata...

What is RM50 nowadays? You can't even buy anything these days. I hope the Govt looking into this matter and help this couple.

jack berkata...

janji2 yang dibuat semasa kempen pilihanraya harus ditunaikan...wakil2 rakyat yang hanya mementingkan inilah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan...

jack berkata...

seharusnya wakil2 rakyat menjalankan tanggungjawab mereka untuk membela nasib rakyat di kawasan yang diwakili..diharapkan agar rintihan penduduk mendapat perhatian yang sewajarnya daripada wakil rakyat berkenaan...

jack berkata...

jika dibiarkan nescaya, pembangkang akan mengambil peluang ini untuk meraih sokongan rakyat seperti apa yang telah berlaku..tambahan pula pada masa sekarang di mana PRU13 semakin hampir..

Kurt berkata...

RM50 is just tooo little. How are these people suppose to support their life with RM50???

Kurt berkata...

Hopefully the government is giving more than RM50 this year.

Kurt berkata...

Promises should be fulfilled or else better don't make any promise if it is impossible to fulfill. Failing to do so will only make the people lose confident on the government.