KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia didesak segera memutuskan hubungan dengan rejim 'pengganas' israel berikutan serangan rejim Israel terhadap konvoi misi kemanusiaan ke Gaza.
Setiausaha gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman dalam kenyataannya menggesa agar kerajaan Malaysia segera memutuskan segala hubungan dengan Israel kerana bagi beliau hubungan Malaysia-Israel ini menunjukkan bahawa malaysia dalam diam 'mengangguk' sahaja melihat siri kekejaman yang dilakukan Israel.
"Hubungan ini berpotensi menjejaskan aspek keselamatan negara dan juga menjejaskan nama baik negara.
"Israel dengan tindakan kejamnya secara langsung menguatkan lagi tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap mereka.
"Adakah Kerajaan Malaysia menanti untuk diserang baru mereka akan memutuskan hubungan dengan rejim pengganas tersebut?" tegas Ridzuan.
Sementara itu, persatuan Mahasiswa Islam seluruh Malaysia termasuk PMIUM, PMIUTM, PEPIAT dan lain-lain hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap Flotilla bantuan kemanusian ke Genting Gaza yang menyebabkan 19 kematian.
Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Fadzil Jamal juga dalam masa yang sama mengecam keras tindakan Israel yang sama sekali melanggar undang-undang antarabangsa.
Beliau dalam kenyataannya menyeru kerajaan Malaysia supaya menyiapkan segera strategi membawa pulang aktivis Malaysia yang dipercayai dibawa ke Haifa.
Fadzil juga menyeru Kerajaan menganjurkan perhimpunan aman besar-besaran rakyat Malaysia sebagai tanda amaran dan bantahan tegas masyarakat negara ini.
“Sudah masanya rakyat Malaysia membuka mata dan membantah secara konsisten tindakan Israel yang semakin hari semakin melampau.” tegas beliau.
HALAMAN SANTAI
Selasa, 1 Jun 2010
Segera Putuskan Hubungan Malaysia-Israel - SMM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan