KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyiasat siapa yang sebenarnya menjadi 'majikan' kepada pengendali portal berita antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin untuk terus menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Rozai Shafian berkata, adalah penting untuk agensi kerajaan berkaitan menjejaki sumber kewangan yang membiayai Raja Petra.
"Tidak perlu lucut kerakyatan Raja Petra. Dia sudah tidak ada kredibiliti lagi. Semua orang sudah tahu dan sedar bahawa dia adalah 'balaci fitnah'.
"Yang penting adalah untuk rakyat Malaysia mengenali siapa ketua fitnah itu. Mereka ini yang bayar Raja Petra dan biayai portal Malaysia Today," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang mencadangkan supaya kerakyatan Raja Petra dilucutkan memandangkan penulis blog itu sudah tidak berminat untuk tinggal di Malaysia lagi.
Rozai berkata, pihak tertentu dipercayai membayar Raja Petra serta membiayai portal berita Malaysia Today miliknya itu.
"Maka balaci fitnah akan buat kerja untuk mereka dengan tidak kira sama ada mereka ini ahli politik, tokoh korporat atau negara luar.
"Seorang yang muflis tidak mampu untuk hidup mewah di London. Kita kena cari siapa majikan balaci fitnah ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan