HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Jun 2010

(Surat Cinta) Kerajaan Malaysia?

BERITA SEMASA

Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang mampu menerima dan mengakui kesilapan lampau. Boleh menerima teguran dan pendapat bernas daripada rakyatnya sendiri asalkan pengakhirannya mampu memberikan perubahan yang lebih seperti yang ada sekarang. Saya membuka ruang dan peluang untuk anda menghantar “surat cinta” berbentuk cadangan, aduan dan penyelesaian kepada Kerajaan Malaysia di sini…..

Bagi saya simple saja, apabila tanggungjawab sudah diberikan kepada pemimpin-pemimpin, pikul amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Jikalau gaji + elaun berpuluh ribu masih tak cukup dengan semuanya ditanggung, masih lagi mengambil yang bawah meja. Imbuhan sana imbuhan sini. Tak payah jadi pemimpin. Ramai lagi pemimpin yang mahu memikul tanggungjawab dengan baik. Janganlah sampai ada kalangan daripada anda yang meminta tukar kerajaan. Itu bukan tujuan sebenarnya artikel ini dikeluarkan. Samada kerajaan mana yang anda ingin tentukan adalah semasa Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Simpan dahulu usul sebegitu…….

Jangan tulis di sini masalah anda seperti yang keluar di Aduan Rakyat sebelum ini :

Sambil menangis, kubur ahli keluarga mereka dinaiki semak pun mahu menghantar masalah mereka ADUAN RAKYAT. Yang ADUAN RAKYAT pun satu hal pulak boleh terima permohonan seperti ini.

Di bawah ini hanya sekelumit masalah yang di Sabah contohnya daripada ribuan masalah lain yang ada :

Inilah hakikat yang terpaksa dihadapi sebahagian pelajar Sekolah Kebangsaan Gentisan, Sepanggar, dekat Kota Kinabalu yang terpaksa meniti kayu kecil untuk berulang-alik ke sekolah setiap hari. Namun pelajar yang kebanyakannya berasal dari Kampung Numbak itu tiada pilihan melainkan terpaksa meniti kayu sepanjang 15 meter ekoran laluan jambatan kayu berkenaan reput dan patah sejak tiga minggu lalu. Seorang pelajar yang dikenali sebagai Siti berkata, meskipun takut terjatuh dia terpaksa juga meniti kayu berkenaan setiap hari.

  1. Anda rasa mereka yang duduk di pedalaman “gembira” apabila Kerajaan Malaysia membangunkan antara bangunan paling tinggi di dunia tetapi dalam pada masa yang sama mereka masih hidup dalam keadaan daif?
  2. Anda rasa mereka-mereka yang hidup dalam keadaan daif akan “gembira” apabila Kerajaan Malaysia membina litar perlumbaan bermotor paling gah di dunia tetapi dalam pada masa yang sama rakyat masih hidup dalam keadaan serba kekurangan begini?
  3. Anda rasa mereka-mereka yang hidup dalam keadaan serba kekurangan keperluan asas akan “gembira” apabila Kerajaan Malaysia mengumumkan pertumbuhan yang memberansangkan tetapi dalam masa yang sama permohonan mereka masih “belum” lagi dipenuhi

Mereka-mereka ini tidak haus dan minta pembangunan berjuta atau projek mega, cukup sekadar keperluan asas mereka disediakan. Itu sahaja. Berapa lama mahu kotakan janji? 10 tahun? 20? Atau 50 tahun lagi? Ini bukan soal kerja nak merungut sahaja, sebagai cadangan untuk perubahan yang lebih baik. Buruk baiknya rakyat Malaysia yang susah juga terkesan kan?

Okey……saya mulakan dahulu. Mengenai luahan hati saya terhadap industri automotif kita yang ada pada hari ini, dan saya percaya ramai kalangan daripada anda nak lihat industri automotif berkembang maju. Bagi saya dasar kerajaan Malaysia adalah satu main culprit terhadap industri automotif kita yang lemau, sebab memberi perlindungan yang melampau-melampau kepada carmakers Malaysia sehingga mewujudkan persaingan yang sangat berat sebelah. Apa taknya, kalau dah cukai sampai dah nak 2 x ganda daripada harga asal kereta.

Selain tu, kerajaan Malaysia masih lagi berada ditakuk lama dalam standard automotif terutamanya emission standard. Dengan kata lain, nampak sangat kerajaan Malaysia tidak menunjukkan komited dalam membentuk satu piawaian automotif yang on par dengan negara-negara industri automatif seperti di Jepun dan Eropah. Secara faktanya, India punya piawaian automotif pun dah on par dengan Europe.

Bab emission standard Malaysia masih lagi setakat Euro 2 sahaja padahal pasaran automotif dunia dah sampai at least Euro 4 dah. Bila bab piawaian pun macam melepaskan batuk di tangga, maknanya carmakers Malaysia akan jadi lemau dan tak ada inisiatif untuk hasilkan inovasi bagi melepasi piawaian-piawaian ketat antarabangsa.

“Mereka nak takut apa, selagi industri automatif diberikan tongkat”

Kedua ialah carmakers kita sendiri. Lepas suku abad Malaysia berkecimpung dalam dunia automotif, cuma Proton sahaja yang betul-betul boleh buat kereta sendiri on scratch. Yang lain cuma tahu rebadge, rebadge dan rebadge sahaja sampai ke hari ini dan masih lagi di takuk lama. Natijahnya, rakyat terpaksa membayar “ufti” kepada gergasi automatif dunia seperti Jepun dan Korea. Dari segi inovasi teknologi automotif pun kita ketinggalan. Apa tidaknya, kalau dah kerajaan Malaysia macam acuh tak acuh sahaja dalam bidang automotif ini. Adakah kerajaan Malaysia mahu bangun daripada lamunan dan mimpi di siang hari apabila ada kalangan pemimpin Malaysia yang mengalami kemalangan, barulah pada masa itu terhengeh-hegeh nak suruh carmakers Malaysia meletakkan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih?

Saya katakan sebegini bukan apa, saya sayangkan industri automotif kita. Saya pasti anda juga begitu. Lihat India hari ini, walaupun kereta Tata Nano tu crappy kalau ikut standard kita, tetapi orang India bangga dengan kereta tersebut, sebab ia hasil inovasi teknologi orang India yang direka oleh orang India untuk orang India. Kutukan pasti ada, tetapi sekurang-kurangnya kutukan yang agak membina sebab dari situ lahirnya Tana Nano Europa yang diupgrade dengan ABS dan airbag seperti yang ada pada hari ini.

“Mereka dengar, mereka nilai dan mereka bertindakuntuk lakukan perubahan yang lebih baik!!!!”

Jadi apa-apa yang terbuku di hati anda luahkan di sini……Anda juga boleh berkongsi sebarang isu yang sama atau apa sahaja topik asalkan memberikan kebaikan kepada Malaysia. Daripada kurang baik menjadi lebih baik.

Sekarang ini saya nak tanya kepada anda semua, apa cadangan dan usul selama pengalaman dan pemerhatian anda bergelar anak Malaysia, apa perubahan yang anda ingin lakukan dan lihat sebenarnya selama kerajaan Malaysia yang ada sekarang sedang memerintah?

Tiada ulasan: