Selain itu bahagian tersebut juga mahu Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ditukar bagi memperingati sumbangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
“Saya meminta kerajaan menukar Jalan Ampang kepada Jalan Tun Dr Mahathir secepat yang mungkin,” kata Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan bahagian itu hari ini.
“Di Kuala Lumpur kita ada Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Razak. Jadi adalah adil kita menghargai Tun Dr Mahathir atas sumbangannya,” kata beliau.
Syed Ali berkata, beliau pernah membuat cadangan itu ketika menjadi senator, beberapa bulan sebelum Dr Mahathir bersara pada Oktober 2003.
“Kita mesti mengharai beliau ketika beliau masih hidup, jangan tunggu hingga beliau sudah tiada,” katanya.
Syed Ali menambah, Dr Siti Hasmah juga patut dihargai atas peranannya dalam kehidupan Dr Mahathir.
“Saya juga ingin kerajaan menamakan KLIA sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Mahathir-Hasmah,” kata Syed Ali.
“Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Umno Cheras ini dengan serius,” katanya.
Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat dari 1981 hingga 2003.
KLIA dan Menara Berkembar Petronas, bangunan yang pernah direkodkan sebagai tertinggi di dunia satu ketika dulu dibina ketika pentadbiran Dr Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan