HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Julai 2010

Musa Hilang Taring Hadapi BN Sabah


Jeff Oleh Dominic Legeh


KOTA KINABALU: Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Musa Aman ternyata hilang taring dan penguasaannya ke atas parti-parti komponen di negeri itu, kata Ketua PKR Sabah dan Sarawak, Dr Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata, jelas terbukti terdapat keretakan di antara parti-parti komponen dengan rakan dominan Umno Sabah, semakin hari semakin terserlah.

Ini memberi tekanan buat Musa sehingga nasihat dilontarkan kepada ahli BN negeri agar tidak bercakap kepada media berhubung isu politik dalaman mereka.

Kitingan berkata, perpecahan di kalangan komponen parti BN muncul berhubung beberapa tuntutan para pemimpin Umno Sabah hingga boleh meminggirkan parti-parti komponen yang lain.

"Saya bersimpati dengan parti-parti komponen BN yang kelihatan diperkotak-katikkan oleh Umno. Masalah dalam gagasan itu ialah pada dasarnya di antara Umno dan lain-lain parti komponen." katanya.

Jeffrey berkata demikian selepas mempengerusikan sidang media di rumahnya di sini semalam bersempena dengan forum sehari bertajuk "Imbas Kembali Pembentukan Malaysia", yang akan di adakan 31 Julai ini, anjuran bersama Yayasan Warisan Borneo (BHF) dan Kumpulan Berkepentingan Bersama Malaysia (CigMa).

Jeffrey menerajui kedua-dua BHF and CigMa.

Langkah yang radikal

Pemimpin PKR itu memberi komen tentang kenyataan Musa hari Isnin menasihati ahli dan pemimpin parti-parti komponen BN di Sabah dari mengelak memberi maklumat mengenai masalah-masalah dalaman yang boleh diselesaikan melalui perbincangan dan rundingan.

Musa memberi maklum balas mengenai beberapa kenyataan yang dicetuskan oleh para pemimpin Umno Sabah yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan parti-parti komponen BN yang lain.

Mereka bimbang kepimpinan BN negeri dapat menerima suara lantang para pemimpin Umno hingga boleh mencetuskan perbalahan, di luar semangat kerjasama BN.

Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau bersedia untuk mendengar apa-apa masalah yang dihadapi oleh parti-parti komponen BN Sabah supaya ianya dapat diatasi segera.

Kata Musa, mendedahkan masalah dalaman kepada media hanya menarik minat setengah-setengah golongan untuk memgambil kesempatan terhadap situasi ini dan mengapi-apikan perbalahan dalam gagasan itu.

Parti-parti komponen BN negeri tidak berpuas hati dan mereka hanya menyuarakan rasa tidak puas hati.

"Lihat kepada apa yang dilakukan oleh Umno, ia cuba merebut semua kerusi," kata Jeffrey, adik kandung kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan.

"Jika saya jadi mereka, apa salahnya kalau di adakan pertandingan secara bebas dan biar rakyat yang menentukannya," tambahnya.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang macam jeffrey lah yang dimaksudkan oleh KM.. suka mengambil kesempatan atas kelemahan pihak lain.

Tanpa Nama berkata...

lakukan seperti yang disarankan oleh ketua menteri Sabah.. atasi setiap masalah dalam parti secara bijak melalui rundingan dan perbincangan. elakkan mendedahkan masalah2 dalaman ini kepada pihak luar kerana tindakan itu boleh memberikan kelebihan kepada mereka.

Unknown berkata...

Jeffrey Kitingan, adakah orang mahu bagitahu masalah mereka..
PKR sendiri pun ada masalah dalaman sendiri ada kamu mahu bagitahu dengan media. tidak kali...orang bodoh saja mahu hebohkan maasalah mereka..
oleh itu Jeffrey Kitingan, janganlah suka masuk hal orang kalau hal sendiri itu penuh dengan masalah lagi. tidak malu kah???bersihkan dulu hal sendiri tu..

khalid berkata...

Apa yang penting ialah KM harus memberi maklum balas mengenai beberapa kenyataan yang dicetuskan oleh para pemimpin Umno Sabah yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan parti-parti komponen BN yang lain. Mereka juga bimbang akan kepimpinan BN di negeri dapat menerima suara lantang para pemimpin Umno hingga boleh mencetuskan perbalahan, di luar semangat kerjasama BN.

khalid berkata...

Biasalah perkara2 macam ini, jika tiada persefahaman maka timbullah masalah dalaman yang melibatkan pelbagai perkara. Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

khalid berkata...

Diharapkan semua ahli dapat memberi kerjasama dengan kepimpinan KM dan jangan timbulkan perkara2 yang boleh menjejaskan parti. Bersatu teguh bercerai roboh.

Tanpa Nama berkata...

Adii ba si DJK ni, mahu tunjuk hero.. duii bikin hairan.. hehehe

Tanpa Nama berkata...

Setiap masalah haruslah selesaikan dgn cara baik. Hormatilah CM kita sebagaimana kita menghormati diri sendiri :)

tombolo berkata...

Musa hanya menasihatkan ahli2 BN sahaja, ia tidak membuktikan bahawa dia telah Hilang Taring, Musa Aman masih lagi pemimpin yang disegani dalam BN. ia tetap di hati rakyat.

tombolo berkata...

pembangakang saja nak perbesarkan hal ini. padahal mereka yang paling byk mengalami masalah dalaman parti.

Hamdan Hadillah berkata...

Datuk Musa pasti akan mendengar semua masalah dari parti UMNO sabah. dialu-alukan untuk berbincang dengan CM. Jadi ahli UMNO sabah jangan segan malu untuk berbincang dengan CM, sekira ada masalah selesaikan sebolehnya.

Unknown berkata...

I wonder. Who is Jeffrey to comment about the internal problems that the BN is facing?! And, who is he to give "advice"?! Obviously he's trying to take advantage of this situation for his own political interest.

Tanpa Nama berkata...

rasanya KM belum hilang taring, tapi kalau Jeffrey saya akui suda lama hilang taring..

Logop berkata...

Jeffrey K. is known to be a controversial politician, having been detained under the infamous Internal Security Act on suspicion of plotting to secede Sabah from the federation of Malaysia. He is also known to have switched political parties a number of times, being a former member of Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR Bersatu), and United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO). In 2003, he applied to join the United Malays National Organisation (UMNO) but his application was rejected (Wikipedia, 2010).

Based on his political profile, a frog like Jeffrey is not even qualified to express his opinion nor to give any advice. So, back off Jeffrey!

Tanpa Nama berkata...

ya.. jeffrey mmmg tiada taring dah.. rakyat Sabah tak percaya dgn dia lagi. berbeza dgn Musa Aman yang masih lagi disokong oleh rakyat Sabah. Musa aman adalah CM Sabah yang terbaik. byk sumbangan dia trhadap kemajuan Sabah.

Bi berkata...

Setidak2nya Datuk Musa telah banyak membawa perubahan yang ratanya positive. Tapi Jeffry??? kamu ada buat sumbagan apa di sabah????

Anak Sabah berkata...

Siapa lagi yang masih percaya dengan Jeffrey?

Kurt berkata...

Jeffrey who??

Hamdan Hadillah berkata...

Percay dengan datuk MUsa, dia telah banyak membantu sabah, membangunkan sabah, dan berusaha untuk menyelesaikan PTI di sabah. beliau tidak pernah berdiam diri untuk membantu rakyat sabah. Jadi, kita haruslah meyokong Datuk Musa untuk kebaikan sabah.

Tanpa Nama berkata...

Musa Aman masih lagi dpt mentadbir BN Sabah dgn baik.dia juga merupakan KM Sabah yang terbaik. sebenarnya Jeffrey sendiri yang dah hilang taring.

Tanpa Nama berkata...

kita semua haruslah menyokong Musa Aman sebagai KM Sabah. jgn terpedaya dgn kata2 pihak lain yang cuba untuk menjatuhkannya!

jsiput berkata...

Keep your thoughts to yourself Jeff, you're nothing but a frog!

Sanih Alias berkata...

perbincangan dalaman haruslah dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. sekiranya tidak puas hati dalam parti terus terang, jangan heboh-hebohkan..

Boten_Trish berkata...

Once a frog will always a frog.

I think he ought to sew is mouth to prevent from talking other parties internal problem. As if his own party doesn't have one. Peh.

jack berkata...

Musa adalah ketua menteri sabah merangkap kepada ketua perhubungan Umno negeri dan juga ketua BN negeri..adalah satu perkara biasa bagi seorang ketua untuk menegur mana2 ahlinya berkaitan dengan kepentingan parti..JK cuba mengambil kesempatan dan memutar belitkan maksud sebenar teguran Musa ini...

jack berkata...

agree with boten_trish.....
stop busy body with other business...mind your own business JK...

Tanpa Nama berkata...

Pedulilah si DJK ni.. Tak payah layan gimiknya... Yang penting kita yakin pada Datuk Musa dah la.

Tanpa Nama berkata...

Setuju tu jack. Saya harap takdalah manusia yg tepedsaya dgn taktik si DJK ni. Komponen BN harus bersatu dan saling menghormati bagi memastikan parti itu terus gah :)