HALAMAN SANTAI

Jumaat, 8 Oktober 2010

Badan Buddha gesa kerajaan siasat kenyataan ‘King Kong’ ustaz


KUALA LUMPUR — Pemimpin-pemimpin agama Buddha menggesa pihak berkuasa menyiasat seorang pendakwah Muslim keturunan Cina yang popular didakwa mempersendakan agama Buddha dan kepercayaan kaum Tionghoa dalam satu rakaman video disiarkan menerusi YouTube, menggunakan kata-kata “King Kong”.

Klip itu turut tersebar luas menerusi blog-blog politik tempatan dilihat sebagai respons kepada kritikan kerajaan terhadap seorang paderi yang didakwa menghina Islam, yang turut disiarkan menerusi YouTube, yang disebarkan enam tahun lalu tetapi muncul semula baru-baru ini.

Dengan tajuk “Dialog bekas penganut Buddha”, rakaman video itu menunjukkan rakaman mesej Ann Wan Seng (gambar), seorang penganut Buddha yang kemudian memeluk Islam.

Dia juga merupakan anggota Perkim, sebuah badan kebajikan Islam, yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Persatuan Penganut Buddha Subang Jaya Chim Siew Choon berkata, beliau kecewa apabila menonton kandungan rakaman video itu baru-baru ini.

“Pihak berkuasa seharusnya melihat perkara-perkara seperti ini. Ia sangat tidak sihat. Perkara-perkara macam ini mencetuskan suasana tidak harmoni,” kata beliau.

Chim berkata mana-mana penganut Buddha yang memeluk Islam kemudian memang mempunyai hak untuk mengulas agama lain tetapi mesej yang disampaikan dengan menghina agama asal dan kepercayaan masyarakat Cina adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

“Dia kelihatan terkeliru. Mengapa bawa masuk Tua Pek Kong dan Pau Kong? Ia tidak kaitan dengan agama Buddha,” kata beliau.

Chim menambah, tindakan yang disampaikannya itu menunjukkan dia mempunyai pengetahuan cetek tentang Buddha dan kepercayaan orang Cina.

Sek Chin Yong, dari Persatuan Penganut Muda Buddha Malaysia (YBAM) bersetuju dengan gesaan Chim agar pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut.

“Kita menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dan menyiasat sekiranya mereka mahu berbuat demikian.

“Kita tidak perlu kecewa hanya kerana dia mengarut. Kami tidak mahu jatuh dalam perangkap dia,” kata Sek yang turut mempersoalkan motif pihak yang memuatkan rakaman video itu dalam Youtube.

“Ann sebagai seorang Muslim tidak harus mecerca agama lain. Sebagai seorang Cina dia seharusnya menggalakkan nilai-nilai baik bersama untuk dua kumpulan yang berbeza ini memahami antara satu sama lain, bukannya menyebabkan umat Islam atau Melayu memperkecilkan kepercayaan dan kebudayaan Cina,” katanya lagi.

Beliau menambah, menghina atau memperkecilkan agama lain menunjukkan dia sendiri bukan seorang pendakwah yang baik.

“Ia juga bukan ajaran mana-mana agama,” kata Sek.

Setiausaha YBAM itu juga berkata, beliau merasakan tidak perlu membuat laporan polis untuk diadakan siasatan, sebaliknya meminta penganut Buddha jangan beremosi.

“Secara peribadi saya tidak terasa terhina. Mengapa perlu saya marah atau kecewa dengan apa yang dia kata dalam video? Dia tidak betul,” kata Sek lagi.

Akhir bulan lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.

Rais berkata beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu.

Dua hari selepas itu, Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung berkata kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang menghina mana-mana agama dan jika dibiarkan, perbuatan itu boleh mengugat keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, pemimpin pelbagai agama di negara ini perlu kerap mengadakan perbincangan menerusi Jawatankuasa Antara Agama bagi menjamin keharmonian yang dinikmati selama ini

18 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Ya, perkara ini wajar disiasat.

Anak Sabah berkata...

Jika betul-betul mendapati bahawa ustaz ini mengeluarkan kenyataan yang menghina agama lain, tindakan tegas patut diambil. Jika tidak, dijangka perkara yang sama akan berulang.

Unknown berkata...

"Beliau menambah, menghina atau memperkecilkan agama lain menunjukkan dia sendiri bukan seorang pendakwah yang baik."

Bagaimana hendak mempercayai dia jika sendiri memburuk-burukkan agama lain? Negara kita dari dulu mengamalkan kebebasan beragama, sepatutnya kita hormat dengan pandangan manusia masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

siasatan perlu dilakukan bagi memastikan kesahihan video tersebut. apapun, perbuatan menghina agama lain tidak baik dan harus dielakkan.

Hosie Masie berkata...

ini memang satu penghinaan terhadap agama lain. Oleh itu kerajaan haruslah mengambil tindakkan dengan kenyataan Ustaz tersebut.

Hamdan Hadillah berkata...

ini berkaitan dengan agama orang lain. ini sungguh memalukan agama sendiri yang mengutuk agama orang lain tanpa sebab.

samm berkata...

kita perlu menghormati semua orang. saya yakin setiap agama mengajar untuk berbuat baik kepada semua orang tidak kira agama.

Tanpa Nama berkata...

negara dan kerajaan Malaysia tidak akan aman selagi wujud individu2 seperti ustaz ini. jadi buatlah tindakan yang sepatutnya dan pastikan isu2 sensitif seperti ini tidak berulang lagi.

Tanpa Nama berkata...

sikap saling hormat menghormati perlu ada dalam diri kita tak kira bangsa ataupun agama. keharmonian perlu dikekalkan.

Tanpa Nama berkata...

memang wajar pihak berkuasa menyiasat perkara ini..tidak bermakna dia sebagai seorang islam bergelar ustaz berhak menghina agama orang lain kerana dia sendiri tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai agama buddha..jangan2 agama islam juga dia keliru..

Tanpa Nama berkata...

jika masih terdapat mereka yang sengaja melakukan perbuatan seperti ini harus dihukum tanpa mengira kedudukannya dalam masyarakat kita..selagi isu agama dan perkauman dimainkan sewenang-wenangnya maka keharmonian kaum akan terjejas yang seterusnya mengancam kestabilan dan keselamtan negara..pihak berkuasa harus bertindak dengan saksama.

Tanpa Nama berkata...

hormat dan saling memahami antara kaum dan agama adalah penting bagi mengekalkan hubungan baik antara kaum dan agama di negara kita..janganlah disebabkan keegoan dan angkuh akan menghancurkan negara kita.

Leo berkata...

What is it to investigate about. That bastard ustaz insult the Buddhist publicly.

Leo berkata...

It's because of ppl like him, islamophobia exist.

Leo berkata...

Everyone should respect each other religion.

Tanpa Nama berkata...

Salah satu faktor keamanan negara ialah penghormatanantara agama.

Tanpa Nama berkata...

Siasatan mesti dususuli tindakan yang keras sekiranya terbukti ada orang yang salah supaya tiada orang berani mengulangi kesilapan yang sama.

Unknown berkata...

Hormati Agama orang lain. Tindakan mempersendakan agama orang lain cuma akan merendahkan agama yang dianuti sendiri kerana tidak menunjukan contoh baik kepada orang.