Oleh: SURIATI MAHMUDMUNGKINKAH Badan Perhubungan UMNO Sabah sudah dibubarkan? Jika tidak, kenapa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menggunakan UMNO Bahagian Kudat dan Kota Belud sebagai pengendali programnya di dua daerah tersebut pada 3 dan 10 Oktober akan datang.
Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Nahul ketika menghubungi Sabahkini.net kesal kerana tindakan Shafie membelakangkan Badan Perhubungan UMNO Sabah dalam semua programnya termasuk di Lahad Datu mencerminkan ‘retak menanti belah semakin kelihatan’ di mata ahli UMNO.
Tegas Kunsul, beliau menafikan laporan bahawa 70,000 hadir di Majlis Rumah Terbuka Shafie di Padang Bandaran Lahad Datu kerana beliau yang hadir dan mendengar ucapan Shafie dalam jangka masa yang agak lama hanya menganggarkan tidak sampai 7,000 yang hadir dan bukannya 70,000 seperti yang digembar-gemburkan penyokong Shafie.
“Saya agak kesal kerana sebagai Naib Presiden UMNO yang kami sanjungi, sepatutnya Shafie berunding dan bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO Sabah dan UMNO di semua bahagian di Sabah untuk apa juga program agar kelihatan lebih mantap dan mengukuhkan perpaduan, sekaligus menafikan khabar angin dua pemimpin UMNO (Musa dan Shafie) bermusuhan,” ujar Kunsul yang mahu melihat dua pemimpin ulung ini melupakan sengketa peribadi demi kesinambungan perjuangan UMNO Sabah.
Menurut Kunsul, beliau dimaklumkan bahawa Shafie akan menghadiri Rumah Terbuka Wanita UMNO Kudat pada 3 Oktober 2010, namun langsung tidak melibatkan UMNO Kudat; apatah lagi langsung tidak menjemput Ketua Menteri menghadirinya.
“Begitu juga dengan Program Rumah Terbuka anjuran PKMM di Pusat Giat Mara Kota Belud pada 10 Oktober 2010, langsung tidak melibatkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk salleh Tun Said,” ujar Kunsul yang semakin bimbang UMNO akan kehilangan kuasa jika para pemimpin Pusat seperti Shafie hilang fokus dan hanya mementingkan diri sendiri.
Kunsul agak kesal kerana program yang akan dihadiri Shafie ini hanya diuruskan oleh ‘Orang Kuat Shafie’ yang mendapat banyak projek runding harga atau tender terhad seperti Mastan Hassan, Salleh Jawi, OKK Tungking dan sebagainya.
“Apakah motif sebenar Shafie melakukan demikian dan saya harap agar Presiden UMNO menegur Shafie sebelum terlambat,” rayu Kunsul yang bingung dengan perkembangan politik mutakhir antara pemimpin UMNO Pusat dan pemimpin UMNO Sabah yang semakin tidak sehaluan sehingga memecahkan dan melemahkan UMNO kerana mewujudkan semangat assobiyah atau berpuak-puak.
Kunsul menarik perhatian bahawa beliau adalah penyokong setia Shafie, namun bukan menjadi halangan kepada beliau untuk menegur sikap buruk Shafie yang sudah mula melupakan daratan setelah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan memegang peruntukan yang besar di Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar.
20 ulasan:
tak perlulah nak perbesarkan hal ini, hubungan Shafie dgn UMNO Sabah masih lagi baik.
kita pun tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya. tapi mungkin ini cuma khabar angin dan tidak perlulah diperbesarkan. saya yakin jika ada isu yang timbul pun ianya boleh diselesaikan dengan profesional.
Better to ask Shafie in person rather than to make assumption regarding this matter.
Betul kah cerita ni? Diharapkan Shafie memberi keterangan tentang hal ini.
tuan punya badan saja tahu apa sebab di sebalik semua itu..
setiap ahli harus mengekalkan hubungan baik yang sedia ada..soal dalaman parti tidak harus diperbesarkan kerana memburukkan imej parti sahaja..
janganlah kita terus kepada kesimpulan yang mungkin akan membawa musibah kepada parti..harus didengar dan dirundingi dan diselesaikan..
tindakan Shafie boleh menyinggung perasaan ahli UMNO Sabah yang lain, sebaiknya Shafie memberikan penjelasan agar hal ini tidak diperbesarkan oleh pihak2 tertentu.
Nampaknya isu LDP tidak lama sebelum ini tidak dijadikan pengajaran untuk ahli BN lain. Sekarang sampai Shafie Apdal pula.
Walaupun Shafie ini banyak penyokong, tapi kebanyakannya PATI. Kalau orang tempatan, tiada peluang langsung untuk Shafie Apdal.
Jika apa yang telah dilaporkan adalah sahih, saya fikir mereka suda cukup matang untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada memakan diri mereka sendiri dan merugikan rakyat!
tidak perlulah membuat pelbagai andaian. hal ini tidak perlu untuk diperbesarkan.
buat apa mahu bubarkan UMNO. ini tidak benar sama sekali. Mungkin Shafie tengah meninjau tempat bagi bekalan air yang diperuntukkan untuk Sabah.
entah-entah ketua cawangan umno Tg. Labian tu yang kecik hati sebab tidak dijemput dan itulah sebabnya dia bercakap bukan-bukan tentang pembubaran umno di Sabah...
cuma apa salahnya Shafie buat rumah terbuka dengan duit sendiri? siapa ketua perhubungan umno sehinggakan safie kena report segala duty pada dia? saya rasa hal ni janganlah diperbesar-besarkan kerana jelas ada niat dan maksud tertentu yang ditujukan pada Shafie...
lain kali siapa-siapa nak buat rumah terbuka kena lapor pada badan perhubungan umno tg. labian dulu :)
tanyalah Shafie sendiri dan kenapa pula nak cakap pun di belakang Shafie dan mengumpat dia lagi? dan yang tak bagus pula tu...dikait-kait pula dengan Musa dan pembubaran umno? ada sifat dengki dan fitnah di kalangan orang-orang tertentu yang sengaja melaga-lagakan dua pihak..
mungkin ada pihak yang sengaja menimbulkan kekeliruan atau sengaja melaga2kan kedua2 pemimpin ini..
jika benar shafie bertindak atas kepentingan dirinya sendiri, pasti niatnya tidak akan tercapai kerana tidak ada sokongan dari ahli2 umno yang lain.
Catat Ulasan