HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Oktober 2010

BN dapat sokongan di Galas dan Batu Sapi, kata TPM

FREE MALAYSIA TODAY

muhyiddinn2 SANDAKAN: Maklum balas orang ramai terhadap kempen-kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri di Galas dan pilihan raya kecil Parlimen di Batu Sapi ketika ini cukup baik, dan sokongan dilihat berpihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun menurutnya beliau tidak dapat membuat andaian sekiranya pengundi di kedua-dua kawasan itu akan memberi majoriti besar kepada calon BN, dan menurutnya BN masih perlu bekerja lebih keras lagi untuk kedua-dua kawasan
berkenaan.

“Jelas rakyat di kedua-dua kawsan pilihan raya mahu BN membantu,” katanya
kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penjawat Awam di sini hari
ini, lapur Bernama.

Katanya beliau berpendapat ini kerana orang ramai sedar bahawa sekiranya
mereka mengundi pembangkang, apa jua kemajuan yang mereka harapkan di kawasan
mereka, mungkin tidak ditunaikan.

Hari pengundian kedua-dua pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 4 November
ini dengan kerusi Parlimen Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru
antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, calon Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk
Yong Teck Lee dan calon Parti Pakatan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah, manakala
kerusi DUN Galas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Abdul
Aziz Yusof, dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.

14 ulasan:

zam berkata...

BN perlu terus bekerja keras untuk terus mendapatkan sokongan rakyat.

mandau berkata...

Bn mempunyai potensi untuk menang, bagaimanapun, Bn kena terus berusaha untuk mendapatkan lebih ramai sokongan.

maya berkata...

Tidak mustahil sekiranya BN mendapat sokongan rakyat, ini disebabkan sumbangan ataupun peruntukan yang disalurkan kepada rakyat telah terhasil. Semua rakyat mahukan perubahan dari masa ke semasa.

evan medhousky berkata...

yakin untuk menang sememangnya baik sebagai pencetus semangat dan motivasi supaya terus berusaha mencapai matlamat.

Mahsiran berkata...

Baguslah sekiranya pandangan TM sedemikian . Apa pun seomga melakukan yang terbaik untuk semua. semoga berjaya.

Hosie Masie berkata...

Menang atau kalah memang adat bertanding. Tapi apa yang penting buat yang terbaik untuk semua rakyat. Bertandinglah dengan cara yang adil dan bersih. Jangan main kotor sudahlah. BN pasti akan boleh melakukanya nanti.

evan medhousky berkata...

sokongan pengundi buat masa ini masih belum cukup untuk menjamin kemenangan dipihak BN. seperi mana yang berlaku dalam PRK Sibu, sokongan rakyat semasa kempen berbeza dengan keputusan PRK.

Sanih Alias berkata...

satu berita yang baik kepada kita sekiranya benar BN mendapat sambutan dan sokongan yang baik dari penduduk Batu Sapi dan Galas. Semoga BN akan menjadi pilihan rakyat yang pertama.

joey berkata...

mungkin ini pekara yang baik bagi BN. teruskan usaha untuk mencapai kejayaan.

Tanpa Nama berkata...

BN boleh menang jika ia serius dalam menjaga kepentingan rakyat.

Anak Sabah berkata...

Kita tengoklah bagaimana keputusan nanti.

Anak Sabah berkata...

Semoga calon yang terbaik akan mendapat sokongan terbanyak daripada rakyat.

Antanum berkata...

Sokongan yang diberikan menguatkan lagi semangat para pemimpin setiap parti.

nurfatihah berkata...

Harap keputusan akan berpihak kepada keyakinan BN.