HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Oktober 2010

Hadi Kecam Umno-BN Punggah Khazanah Sabah, Sarawak Tanpa Selesaikan Masalah Rakyat

Oleh Dzulkarnain Taib

HadiBatuSapiSANDAKAN - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional yang berpusat di Semenanjung tidak berhak memunggah harta kekayaan dan hasil mahsul negeri Sabah dan Sarawak selagi masalah asas yang membelenggu rakyat kedua-dua negeri tersebut tidak diselesaikan terlebih dahulu.

Ini termasuk hal berkaitan dengan keperluan asasi rakyat Sabah dan Sarawak sepertu bekalan air bersih dan elektrik, perumahan yang selesa, kemudahan pendidikan dan kesihatan disamping isu yang lebih besar termasuk royalti minyak, hasil balak dan gas serta perampasan tanah adat.

"Tidak boleh punggah harta Sabah atau Sarawak selagi tidak selesai isu kemisikinan, isu infrastruktur dan sebagainya. Selesaikan dulu hak rakyat ini baru duduk berbincang hendak bagi 20 peratus royalti minyak dan sebagainya. Inilah konsep federalisme dari perspektif Islam dan jika Pakatan Rakyat diamanahkan rakyat untuk memegang tampuk pemerintahan, PAS akan pastikan rakan dalam KEADILAN dan DAP menerima konsep ini yang berpaksikan kepada konsep keadilan. Saya yakin kita telah sama-sama berjanji untuk menegakkan keadilan bersama.

"Macam mana kerajaan Umno-BN mahu menggunakan wang rakyat untuk membina menara 100 tingkat apabila di Sabah ada rumah yang senget, yang bina rumah dalam sungai pun ada. Tidak ada Persekutuan Malaysia jika tidak ada Sabah, tidak ada Persekutuan Malaysia jika tidak ada Sarawak. Dikumpulkan semua termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak baru ada apa yang kita panggil Persekutuan Malaysia," tegas Abdul Hadi ketika berucap di penutup Perhimpunan Isu Tanah anjuran Pakatan Rakyat Sabah dan majlis pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi di Dewan Hakka di sini petang semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata walaupun PRK kecil pada nama tetapi kesannya amat besar kepada seluruh negara dalam penantian rakyat menghadapi Pilihan Rakyat Umum ke 13 tidak lama lagi.

PRK dan PRU jelas beliau memberi peluang kepada rakyat untuk menjadi hakim bagi menentukan siapa yang memimpin mereka.

"Kita sendiri lihat dan rasa bagaimana setelah 50 tahun merdeka, rakyat sepatutnya menjadi bijak dan jangan dicucuk hidung mereka serta berani melaksanakan hak mereka dalam pilihan raya.

"Dari satu segi Sabah dan Kelantan tidak banyak berbeza kerajaan kedua-dua negeri dalm sejarah politik negeri masing-masing telah memilih kerajaan negeri yang berlainan dalam tempoh 50 tahun. Inilah pendirian yang betul dan tepat. Walaupun PAS sebuah parti Islam, ia mampu bekerjasama dengan bukan Islam kerana Islam mengajar kita bersaudara sesama Islam dan juga manusia terutamanya golongan yang dizalimi dan dianiayai.

"Kerajaan adalah penjaga amanah bukan guna ruang untuk rampas tanah atau harta negeri. Dalam isu tanah siapa yang terokai tanah yang bukan milik sesiapa untuk urusan kehidupan seperti pertanian atau perumahan hendaklah dipertimbangkan untuk diberi hak ke atas tanah yang diteroka. Kerajaan boleh ambil tanah untuk tujuan tertentu seperti membuat jalan dan kemudahan awam tetapi hendaklah diberi pampasan yang secukup dan adil. Kalau dirampas begitu sahaja tanpa apa-apa diberikan ganti yang setimpal ini perbuatan yang zalim," tegas bekas Menteri Besar Terengganu itu.

Mengimbas ketika Terengganu di bawah pemerintahan PAS di antara tahun 1999 hingga 2004, Abdul Hadi berkata kerajaan negeri telah memberi lebih 60,000 geran hak milik tanah kepada rakyat.

28 ulasan:

madd berkata...

usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat sentiasa dilakukan oleh kerajaan. bukankah di negeri-negeri yang ditadbir oleh PR juga menghadapai pelbagai masalah yang gagal diselesaikan oleh PR.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan kini sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat di Sabah dan Sarawak. seperti yang kita lihat, Sabah dan sarawak kini semakin maju dan membangun.

Unknown berkata...

Inilah pembangkang, mula sudah timbul pelbagai isu yang tidak perlu dan telah dilaksanakan tapi masih dijadikan isu. Kerajaan telah pun berusaha menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi tidak kira di Sabah dan Sarawak. tetapi pembangkang masih lagi memainkan isu ini untuk suka-suka supaya rakyat membenci kerajaan.

Hosie Masie berkata...

Kerajaan harus menganggap ini sebagai satu cabaran dari pihak pembangkang. Selesaikan semua masalah supaya pembangkang duduk diam selepas ini dengan usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh menyelesaikan semua masalah yang dihadapi.

Bujang Senang berkata...

Selesaikan apa-apa masalah yang dihadapi di Sabah dan Sarawak. Janganlah kita terlalu mengutamakan pembangunan yang mega tapi hak rakyat tidak terjaga. tidak ada guna juga itu semua jika rakyat dalam kesusahan. Harap kerajaan lebih mengutamakan masalah yang dihadapi oleh rakyat berbanding pembangunan yang memberikan kebaikan kepada satu pihak saja.

evan medhousky berkata...

bercakap seolah2 PAS?PR terlalu sempurna.. kenapa PAS diam bila DAP menindas rakyat melayu di Pulau Pinang? kenapa PAS rampas tanah penduduk orang asli seluas lebih 30 ribu hektar tanpa sebarang pampasan semata2 untuk diberikan kepada orang luar? inikah bentuk jaminan yang bakal diberikan oleh kerajaan PAS/PR jika memerintah negara?

Anak Sabah berkata...

Terima kasih kerana memberi perhatian kepada masalah Sabah, tapi orang Sabah tidak memerlukan PAS.

evan medhousky berkata...

rakyat sedar sejauhmana kemampuan PR terutamanya PAS setelah 20 tahun memerintah kelantan. tidak banyak kemajuan yang dikecapi melainkan sumbangan2 dari kerajaan pusat. PAS juga tidak berhak mempertikaikan usaha kerajaan pusat jika negeri2 PR sendiri masih berhadapan dengan masalah2 rakyat serta masalah pembangunan dan ekonomi. selesaikan masalah2 itu sebelum menyebut masalah2 pihak lain..

evan medhousky berkata...

"Ini termasuk hal berkaitan dengan keperluan asasi rakyat Sabah dan Sarawak sepertu bekalan air bersih dan elektrik, perumahan yang selesa,.."

adakah semua yang disebutkan itu tidak berlaku di negeri2 PR?

"..yang bina rumah dalam sungai pun ada..."

cuba tunjukkan bukti mana penduduk sabah yang bina rumah dalam sungai.. jangan sekadar cakap, kerana kelak rakyat akan mempertikaikan kewarasan PAS.

azman berkata...

PAS hanya pandai mengecam orang lain. tapi PAS tidak pula sedar yang rakyat Kelantan juga mengalami pelbagai masalah yang perlu diambil perhatian. ini termasuklah masalah air yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh mereka.

Leo berkata...

Terima kasih PAS kerana mengambil berat tentang masalah yang dihadapi di Sabah dan Sarawak. Saya pasti kerajaan sedang berusaha menyelesaikan masalah rakyat.

Leo berkata...

PAS juga harus menyelesaikan masalah rakyat di Kelantan. Fokus kepada negeri sendiri sebelum bercakap tentang masalah rakyat di negeri lain.

Tanpa Nama berkata...

Niat untuk membantu Sabah oleh PAS ini baik, bagus juga PAS suarakan supaya BN buka mata luas2. Memang pun ada rakyat Sabah yang masih belum menerima bantaun api dan air yang bersih.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan kena menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Tapi PAS masih patut cermin diri dulu ya..negeri jagaan PAS juga masih jauh ketinggalan berbanding negeri yang terkaya di Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan dalam artikal ini sukar dinafikan. Kerajaan BN jangan lagi berdolah alih. Tanggung jawap dan janji mesti ditunaikan.

Tanpa Nama berkata...

Berlapang dadalah semuanya. Jangan kerana fanatik menyokong UMNO/BN apa masalah yang dirasai rakyat cuba hendak disembunyikan pula !.

Akuilah apa yang jelas dirasa dan dipandang. Janganlah kerana hendak membela pemimpin rasuah dan tak bertanggungjawab kepada rakyat, semua keburukan ditelan dan bau busuk terpaksa dicium untuk selamanya.

Patutnya bersyukor kepada parti yang mau menyebut kesalahan dan kesilapan atas dasar supaya jaga dari lamunan mimpi semata-mata...

Tidak rugi mengakui kelemahan sendiri. Tidak untung menyebunyikan kebusukan, sedangkan diri sendiri menderita menanggung akibatnya....

Tanpa Nama berkata...

Sebagai sebahagian dari Malaysia, Sabah dan Sarawak patut menyumbang dalam pembangunan negara.
kerajaan pusat harus beri lebih perhatian kepada Sabah dan Sarawak.

Unknown berkata...

Kekayaan Sabah Sarawak dupulangkan dalam bentuk perutukan dana pembangunan kedua negeri ini sejumlah berbillion ringgit setip tahun.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya kerajaan mmg sentiasa membantu menyelesaikan masalah rakyat.. cuma sesetengah perkara mungkin ia mengambil masa..

Tanpa Nama berkata...

Sabah memang ada kekurangan tetapi itu tidak bermakna Sabah dibelakangkan...

Tanpa Nama berkata...

Buktinya, lihat saja Sabah dulu dan kini; pasti ada perubahan +ve yang kita boleh nampak..

Tanpa Nama berkata...

Jadi janganlah putar belitkan keadaan ataupun mempolitikkan plan kerajaan... Kerana ia hanya kaan menunjuk betapa banyak kelemahan PAS juga dan paling ketara ialah sikap suka mengecam.. huhu

Tanpa Nama berkata...

Rakyat harus berhati-hati mebuat penilaian supaya tak terpengaruh dengan hasutan pembakang.

Tanpa Nama berkata...

Masalah rakyat Sabah Sarawak sedang dalam usaha diselesaikan oleh kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Isu ini biarlah rakyat kedua negeri ini yang betindak.

Unknown berkata...

Khazanah Sabah dalam tangan kita, tiada orang yang boleh kebas dari kita.

Tanpa Nama berkata...

Malangnya sudah ada khazanah kita yang sudah dirampas moimoi. Sebagai rakyat Sabah yang semakin sedar akan kehilangan ini, kita patut menyuarakan masalah ini untuk menunjukkan bahawa kita tidak memandang remeh hal ini.