| Aidila Razak |
Ahli parlimen Bebas yang mewakili Pasir Mas itu kini berada di wad biasa dan kelihatan sudah pulih dan kuat serta mampu berbual dengan pelawat yang menziarahinya.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Arman bagaimanapun berkata Ibrahim kini hanya dibenarkan makan makanan yang ringan seperti bubur.
Menurutnya perkembangan terbaru itu dilihatnya semasa beliau melawat bosnya itu, semalam.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan setiausaha agung, PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, berkata MP Pasir Mas itu telah dipindahkan dari unit rawatan rapi ke wad biasa.
Mampu bercakap
Katanya, tiga hari selepas menjalani pembedahan pintasan jantung, Ibrahim kini boleh berjalan dan mampu bercakap.
"Dia ditempatkan di sebuah bilik VIP di wad biasa. Hari ini dia menjalani rawatan fisioterapi dan diarahkan supaya terus berehat beberapa hari lagi di katilnya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.
Ibrahim menjalani pembedahan yang berjaya di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada Isnin lalu setelah mengadu sakit dada dan tidak sihat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Antara pemimpin yang melawatnya, termasuk ahli politik yang sering 'bertikam lidah dengannya iaitu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan