HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Oktober 2010

JURUKEMPEN PKR TERLALU TAKBUR DAN SOMBONG?



SHAIMON S JUMADI-BSK

SEBAGAI Ketua Biro Sabahkini.net Wilayah Sandakan yang dimanahkan untuk membuat pelbagai liputan, terutama sekali di musim menjelangnya pilihanraya kecil Parlimen kawasan Batu Sapi, saya tidak menyebelahi mana-mana parti sama ada BN ataupun SAPP dan juga Parti KeAdilan Rakyat (PKR).

Semasa saya mengikuti kempen hari pertama calon BN, Datin Linda Tsen di Bandar Ramai-Ramai, lebih kurang jam 11.30 pagi, saya terserampak sekumpulan wanita PKR. Saya tidak tahu mereka datang dari daerah mana.

Lalu saya memperkenalkan diri kerana ingin meminta pendapat mereka mengenai sambutan PKR di Batu Sapi itu. Alangkah terkejutnya saya kerana dengan sombongnya seorang daripada wanita yang mengakui daripada PKR Pulau Pinang berkata;

“Tidak payahlah kamu susah-susah nak wawancara kami. Tanpa mediapun PKR tetap 100 peratus menang di parlimen Batu Sapi.”

Saya dan jurugambar Sabahkini.net, Jun Pacifico rasa terkilan dan hairan kenapa mereka begitu tergamak mengeluarkan kata-kata sedemikian kepada wartawan Sabahkini.net yang telah banyak membantu menyiarkan berita-berita PKR selama ini.

Yang paling menyedihkan saya, bagaimana Sabahkini.net mahu membantu mereka berkempen jika mereka berprasangka buruk dengan menghina Sabahkini.net dan semua media di Sabah.

Oleh kerana saya hilang sabar, saya tempalak mereka dengan berkata, “Kamu ini belum lagi menang sudah sombong dan temberang.” Ramai kawan wartawan media dan RTM juga turut mendengar kata-kata saya.

Kalau beginilah sikap biadap para penyokong dan jentera parti PKR, maka sukarkan calon mereka mahu menawan hati rakyat yang selama ini begitu mesra dengan media yang menyuarakan apa sahaja masalah mereka. Sewajarnya, pucuk pimpinan PKR, terutama Presiden Parti mengajar ahli-ahlinya agar tidak berlaku biadap kerana akan menjejaskan martabat PKR sendiri.

Saya ikhlas membantu bukan sahaja calon PKR, SAPP dan BN, walau tidak dibayar sesenpun, namun demi tugas, dengan rela hati melaporkan berita walaupun tidak langsung dihargai oleh pucuk pimpinan parti.

25 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Tak sangka jurukempen ini begitu biadap dan sombong. Kita tengoklah bagaimana keputusan PRK Batu Sapi nanti sama ada mereka akan menang 100% ataupun sebaliknya.

Anak Sabah berkata...

Saya berminat mengambil tahu bagaimana mereka boleh berkempen untuk mendapatkan sokongan rakyat dengan sikap yang angkuh seperti itu.

samm berkata...

jika benar seperti yang dinyatakan, memang tidak patut mereka mengeluarkan ucapan seperti itu kepada media. bagaimana rakyat ingin meminta bantuan mereka kelak jika mereka bersikap sombong?

mandau berkata...

sungguh biadap sikap jurukempen PKR ni, jika begin sikap mereka, bagaimana rakyat nak sokong mereka.

Jason berkata...

Betul ke nie?

Jason berkata...

Tidak tersangka jurukempen PKR begitu takbur dan sombong. Belum lagi tahu kalau mereka boleh menang lagi. Kita tunggu dan lihat sahajalah keputusan PRK Batu Sapi nanti.

evan medhousky berkata...

dipihak PKR, kononnya penyokong BN tidak sopan dan biadap terhadap jurukempen PKR. sekarang media yang cuba untuk menyokong PKR sendiri mengakui PKR takbur dan sombong. mungkin sebab itu penyokong BN marah dengan jurukempen PKR.

evan medhousky berkata...

ini satu penghinaan kepada media. semua media yang ada di Batu Sapi wajar memulaukan PKR. jangan beri sokongan kepada PKR sebab mereka sendiri menolak bantuan media.

Hosie Masie berkata...

“Tidak payahlah kamu susah-susah nak wawancara kami. Tanpa mediapun PKR tetap 100 peratus menang di parlimen Batu Sapi.” Orang sombong selalu rugi.

Hosie Masie berkata...

Jauh juga pemain import PKR sehingga dari Pulau Pinang pun diimport datang ke Sabah. Lepas itu dengan bangganya lagi mereka mengatakan 100% akan menang di Batu Sapi. Sungguh memalukan saja PKR ini dengan sifat takbur dan sombong ini.

Tanpa Nama berkata...

jika benar mereka bersikap sombong, maka sikap itu akan menjadi salah satu sebab untuk rakyat Batu Sapi menolak PKR...

Hamdan Hadillah berkata...

Sabahkini.net yang telah banyak membantu menyiarkan berita-berita PKR selama ini kecewa dengan sikap merekakan. Jadi apa Sabahkini.net rasa, perlukah kita mempunyai parti sebegini yang takbur dan sombong gila ini. Mungkin Sabahkini.net tahu jawapan sendirikan. Saya sendiri pun tidak boleh buat penilaian untuk orang lain, tapi Sabahkini.net boleh menilai sendiri dan telah merasa sendiri PKR macamman. Sabahkini.net yang banyak membantu mereka diberikan ksts: Tanpa mediapun PKR tetap 100 peratus menang di parlimen Batu Sapi. Tapi mungkin dia lupa kerana medialah orang tahu PKR dan kerana media juga PKR akan jatuh.

Paquin berkata...

Naa, ambik mu... Lain kali tak payah siar story pasal PKR g.. :) :antaklah apa yang mereka nak buat pun...

Paquin berkata...

Saya tak hairan pun kalau hal ni betul2 berlaku. Bagi saya perangai ahli PKR mmg ada saja yang tak kena. huhu

Paquin berkata...

Ya Jonny... Kalau kalah padan muka.. Bukan juga la nak meburukkan PKR tapi janganlah buat mcm tu dgn media.. ciss, geramnya!!!

Paquin berkata...

Semoga semua media bekerjasama tak bagi dorang ni liputan.. hahaha

Paquin berkata...

Apapun, jom kita lihat nanti mampukah PKR menang dgn sikap kebiadaban mereka tu..

langsat berkata...

peliknya nak berkempen pun masih nak sombong. cuma hal ni kita dengar dari 1 pihak je...kenalah siasat dari kedua belah pihak!

langsat berkata...

semua parti tidak kira PKR, SAPP dan BN harus memastikan segalah kempen dilaksanakan dengan penuh adab dan beretika...saya pasti rakyat tak suka dengan sikap biadap ketika berkempen dan tahu menilai siapa yang beradab dan siapa yang berperangai buruk!

langsat berkata...

tunggu sajalah lepas pilihanraya kecil then barulah cakap 100% menang....jangan sombong sebelum tahu. manatau rakyat didepan cakap nak undi PKR tetapi di belakang...undi BN..kan haru tu..

langsat berkata...

sedih tengok PKR yang duduk sampai tertunduk nak tunjukkan keikhlasan yang tidak ikhlas. bersalam dengan rakyat macam pijak semut pun tak mati. tunggulah nanti bila dah menang....kita tengok samada dia tu ikhlas atau tidak...

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah ada gaya begini. Tidak sedarkah mereka medialah yang banyak membantu dalam menyebarkan maklumat. Sekarang, sebab nila setitik, rosak sebelanga.

Tanpa Nama berkata...

Ei tak ingin langsung orang Sabah nak undi PKR dah. Putus asa sajalah Ansari. Sudahlah,sudah ada pihak yang memalukan kamu.

Unknown berkata...

Tindakan mereka hanya merugikan parti sendiri. Baru kita tahu siapa mereka.

Antanum berkata...

Sombong dan tidak mesra bukan sikap yang diinginkan oleh rakyat! Rakyat akan menilai kita dari sikap kita.