HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Oktober 2010

Kerajaan Selangor akan bincang dengan Kerajaan Persekutuan selesai isu air: Khalid Ibrahim

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah penyusunan semula industri air di negeri itu mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penyusunan semula itu perlu dipercepatkan bagi mengelakkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bergantung kepada kenaikan tarif air yang akan membebankan masyarakat.

"Selepas perbincangan itu selesai, kerajaan negeri Selangor akan bersama-sama mencari jalan untuk mempercepatkan proses pembangunan industri air dengan mengambil kira kepentingan masyarakat untuk keperluan air dalam masa lima tahun akan datang," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Mengulas Program Air Percuma Untuk Semua Peringkat Umum (Tabung Budi) yang dilancarkan SYABAS pada 22 Oktober lalu, Abdul Khalid berkata, ia sekadar permainan propaganda syarikat tersebut.

Katanya, tabung itu tidak mungkin mencapai matlamatnya kerana syarikat berkenaan mempunyai hutang sebanyak RM2 bilion yang masih belum dapat dijelaskan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Sudah hampir seratus kali setiap kali ditanya kepada MB Selangor mengenai air, jawapannya adalah "perbincangan dengan SYABAS dan Kerajaan Persekutuan untuk memuktamadkan penstrukturan air". Kelemahan dan kelembapan ini menyebabkan rakyat mula meluat dan benci dengan agenda propaganda murahan PR terutamanya PKR.

Hakikatnya, mereka mahu melanjutkan isu ini sehingga PRU 13akan datang sebagai reserved issue untuk meghentam UMNO dgn teruk. Padahal, merekalah yang lemah dalam mentadbir dan menguruskan masalah air di Selangor.

Hatta, mereka tidak mempunyai plan yang kukuh mengenai pengoperasian air sekiranya mereka dapat menguasai SYABAS. Ini dapat dilihat daripada kenyataan Khalid Ibrahim. Dia kata, "Selepas perbincangan itu selesai, kerajaan negeri Selangor akan bersama-sama mencari jalan untuk mempercepatkan proses pembangunan industri air dengan mengambil kira kepentingan masyarakat untuk keperluan air dalam masa lima tahun akan datang,"

Lihat, mereka sendiri pun tak tahu bagaimana mahu menguruskan operasi air di Selangor. Ini satu kelemahan yang besar sekali.

Unknown berkata...

I wondered knp Tabung Budi dimanipulasikan oleh Khalid? Knp dia sanggup mengatakan ini adalah PROPAGANDA?

Adakah Khalid tahu bahawa apa yang dilakukan oleh SYABAS sebenarnya memberikan keuntungan kepada rakyat?

Adakah Khalid tahu seluruh duit yang dikumpulkan tersebut diserahkan semula kepada mereka yang lebih memerlukannya?

Bila mana perkara yang baik dikatakan buruk dan mungkar, maka inilah fitnah yang paling dahsyat.

Secara tidak langsung Khalid telah membuktikan bahawa perjuangan mereka bukan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, tapi adalah untuk mengaut keuntungan politik yang sempit dan rapuh.