| Joseph Sipalan |
Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri berkata pendidikan seks di sekolah yang dianggap sebagai satu inisiatif jangka pendek dan panjang dalam memberikan kefahaman lebih tepat di kalangan generasi muda terutama di peringkat sekolah.
"Kita telah membentuk jawatankuasa teknikal yang sedang mengkaji perkara ini dan akan menentukan cara terbaik memperluaskan program ini pada peringkat nasional.
"Projek perintis sudah dimulakan di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Kementerian Pelajaran dan hasilnya nampak amat memberangsangkan," katanya.
Mesyuarat Majlis Sosial Negara hari ini juga memutuskan bahawa pendekatan lebih holistik perlu dalam usaha untuk menangani masalah pembuangan bayi.Menurut Muhyiddin, mesyuarat juga bersetuju supaya pelan tindakan yang lebih komprehensif akan dilaksanakan secara bersepadu antara kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Institusi penting keluarga dan masyarakat juga perlu diperkukuhkan untuk menerapkan nilai murni dan etika serta kefahaman dalam pendidikan agama supaya dapat membantu masalah itu dalam jangka masa panjang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan