
Jimadie Shah Othman
Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri
Anwar Ibrahim itu.
Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli. "Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran. Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu." "Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.
Tangan belakang Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor. Menurut mereka, Rahimi sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.
Latheefa dan Saiful - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersolakan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah. Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi. "Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki.
20 ulasan:
Biarlah Rahimi memberikan penjelasan. Adakah PKR takut dengan penjelasan Rahimi sehingga sanggup mengganggu perjumpaan media Rahimi.
Rahimi, anda telah dewasa. Berpegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah. Sila bertanggungjawab.
Jika apa yang dilakukan oleh Rahimi adalah untuk kebaikan dan dapat menyelesaikan masalah ini, maka sokongan penuh amat la diperlukan.
Perkara ini semakin hari, semakin rumit.
Bila entahnya perkara ini akan selesai?
pendedahan yang dibuat oleh Rahimi ini membuka episod baru dalam kes liwat anwar Ibrahim ini. Rahimi perlu berani jika ia di pihak yang benar.
kes ini sudah semakin sukar untuk difahami. tiada siapa yang ytahu kebenarannya sehinggalah kes ini dapat diselesaikan..
apa pun harap kes ini akan dapat diselesaikan dan kita akan tahu kebenarannya.
kerana kehilangan idea, latheefa koya telah diarahkan oleh anwar untuk memaksa rahimi melakukan akuan bersumpah untuk mengaitkan najib dan rosmah sebagai kospirator kes liwat. rahimi sudah lama bersabar. dia melihat bekas rakannya iaitu saiful turut sama bertahan menahan asakan fitnah daripada anwar. hari ini rahimi meletop. dia meletop pasal tidak mahu lagi bersekongkol untuk melakukan fitnah besar..
mungkin inilah sebabnya kenapa belasan peguambela anwar sudah 30 kali meminta kes ditangguhkan. kenapa sehingga hari ini kes ini tidak selesai, kerana wujud peguam2 yang tidak adil dalam melaksanakan tugas. rahimi wajib melakukan sidang media sekali lagi. dedahkanlah kebenaran biar rakyat tahu siapa sebenarnya anwar dan latheefa koya.
apa pun, belum tentu benar atau tidak dakwaan rahimi..
apa pun, rahimi kena bertanggungjawab dengan apa yang didakwanya..jika ada bukti yang sahih maka tunjukkan sahaja bagi membuktikan anda tidak berbohong.
ada 'tangan' atau tiada belum ada bukti..mungkin ya mungkin tidak..kes ini akan menjadi lebih rumit selepas ini..tunggu dan lihat saja.
pendedahan rahimi merumitkan lagi kes ini. harap kebenaran akan dketahui tk lama lagi. jgn biarkan kes ni terus berpanjangan.
Boleh dipercayakah penjelasan Rahimi? Blum tentu lagi kalau dia bercakap benar.
Apa2x pun, saya harap kes ini akan diselesai secepat mungkin.
Bagus terus-terang. Jka ada bukti namakan orang yang didakwa dalang itu.
Entah pa nak jadi dengan politik hari ni. huhuhu
Setiap pendedahan yang dibuat pembantu Anwar dikaitkan dengan konspirasi
Terus terang dedahkan siapa orang yang dimaksudkan. Rakyat tiada masa mau buat teka-teki.
Catat Ulasan