HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Oktober 2010

PKR nafi arah gagalkan sidang media Rahimi

MALAYSIA KINI


PKR hari ini menafikan parti itu terbabit dengan percubaan menggagalkan sebuah sidang akhbar di Klang semalam.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan oleh Rahimi Osman, seorang bekas pembantu kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipercayai akan menyentuh berhubung perbicaraan liwat terhadapnya.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang semalam, tetapi kemudiannya dibatalkan berikutan kemunculan kumpulan berkenaan.

“Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej parti.

“Saya ingin tegaskan bahawa PKR tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya naib presiden parti ataupun pembantu khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media,” kata timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PKR juga berpendapat bahawa Rahimi telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah.

“Kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini,” katanya lagi.

Rahimi dalam laporan polisnya, semalam mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut laporan polis Rahimi itu, akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28 Jun 2008 di Hotel Quality, Shah Alam dan yang kedua ditandatangani beberapa hari kemudiannya di Petaling Jaya.

Pada hari itu, Anwar dan para penyokongnya berkumpul di Hotel Quality, beberapa jam selepas Saiful membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut.

"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru hari ini (semalam) yang mengandungi cerita benar," laporan polis Rahimi dipetik.

Menurut Rahimi, dia telah mengemukakan akuan bersumpah tersebut bersama laporan polisnya.

18 ulasan:

Bi berkata...

Berani kerana benar..tidak perlu risau kerana orang baik selalunya mendapat berkat!!!

Mahsiran berkata...

memang Rahimi bernai untuk memberikan sesuatu keterangan. Sehingga kan HINDRAF datang mengganggu temubual Rahimi.

Boten_Trish berkata...

Hanya orang yang takut sahaja berani menimbulkan masalah.

Unknown berkata...

Anda telah dewasa Rahimi. Anda sudah tahu membezakan mana baik mana buruk. Tapi mengapa lambat bertindak? Adakah?

Unknown berkata...

Satu hari kebenaran pasti terjawab.

Tanpa Nama berkata...

Rahimi perlu berani menegakkan kebenaran.

Anak Sabah berkata...

Entahlah mana betul, mana yang tidak. Kes ini semakin rumit lah.

Anak Sabah berkata...

Semoga hal ini diselesaikan secepat mungkin.

samm berkata...

pekara ini akan menjadikan kes ini semakin panjang dan semakin kompleks.

samm berkata...

semoga kebenaran akan diketahui bila kes ini dapat diselesaikan nanti.

Tanpa Nama berkata...

diharapkan inilah kemuncak kes liwat Anwar. mungkin disebabkan akuan bersumpah palsu sebelum ini menyebabkan kes ini tidak selesai sehingga ke hari ini.

Tanpa Nama berkata...

kalau benar Anwar tidak bersalah, kenapa ada pihak yang mengganggu sidang akhbar itu? jadi ini menggambarkan kes ini semakin jelas dan semakin menghampiri kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

rahimi berhak memberikan keterangan, kenapa nak menghalang beliau dalam sidang media tersebut jika tak ada agenda tertentu.

Paquin berkata...

Entahlah... pandai2lah rakyat buat penilaian sendiri

Paquin berkata...

Saya harap hal tak diperbesarkan lagi. Suatu masa nanti kebenaran pasti akan terdedah juga.So kita tunggu & lihat saja apa yang bakal berlaku kelak:)

Tanpa Nama berkata...

Jarang ada pihak yang mengakui kesalaham yang dilakukan. Macam-macam alasan akan diberi.

Tanpa Nama berkata...

Takut dengan kebenaran terdedah, wujudlah kekecohan ini.

Unknown berkata...

Rahsia tetap bongkah. Sidang media kali ini gagal, ada cara lain untuk membongkahkan rahsia.