NAMPAK gayanya PRK Parlimen Batu Sapi sudah tidak dapat dielakkan lagi untuk barisan pembangkang SAPP dan PKR untuk bertembung sesama sendiri selain BN yang mempertahankan kerusi itu yang kosong berikutan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.
Meskipun pucuk kepimpinan PKR terutamanya, de’facto Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen dua hari lepas mengesahkan bahawa PR memberi mandat kepada PKR untuk meletakkan calonnya pada PRK Parlimen Batu Sapi, namun beliau (DSAI) masih mengharapkan agar SAPP turut memberikan laluan kepada PKR.
Manakala di suatu pihak kepimpinan SAPP sudah membuat kata putus menerusi mesyuarat Ahli Majlis tertinggi parti bahawa SAPP tetap akan meletakkan calonnya di PRK Parlimen Batu Sapi atas kehendak dan restu semua peringkat kepimpinan terutamanya di peringkat akar umbi SAPP, khususnya di Parlimen Batu Sapi.
Berdasarkan fakta dan rekod, pengundi Melayu agak menonjol sebagai pengundi majoriti di kawasan itu dengan mencecah lebih 60 peratus, namun pengundi Cina turut mengekori jumlah peratusan tersebut tetapi jika dikira secara rawak, perolehan sokongan pengundi Melayu antara pembangkang dengan BN akan melihat lebih menonjol kira-kira 40 peratus berpihak kepada BN.
Manakala pengundi Cina dan bangsa lain sudah pastilah akan berpihak kepada SAPP jika mereka dapat menonjolkan seorang calon dari kalangan pemimpin Cina yang dikenali di situ serta digeruni kewibawaannya. Perkiraan ini berlandaskan keputusan perolehan undi yang diperolehi pada PRU12 mengikut keputusan daerah-daerah mengundi.
Sekiranya perkiraan ini akan menjadi trend, sudah pastilah SAPP paling layak bertanding di kawasan tersebut berdasarkan fakta perkiraan sokongan walaupun belum ada kepastian yang jelas daripada sentimen para pengundi Parlimen Batu Sapi, namun maruah dan objektif perjuangan SAPP sebagai sebuah parti pembangkang tempatan; tidak boleh tidak untuk menidakkan kehendak rakyat atau mengalah begitu sahaja.
Sedangkan, rakyat yang selama ini telah meletakkan parti itu sebagai suatu sandaran bagi rakyat pelbagai kesukuan dan agama dalam memburu keadilan dan demokrasi yang semakin terhakis, termasuk usahanya memulihkan kuasa autonomi di Sabah jika SAPP terus diberi mandat oleh rakyat Sabah pada PRU13 kelak.
Apa pun, barisan pembangkang terdiri daripada PR dan SAPP dan kemungkinan Parti Bersekutu tidak perlu menghukum SAPP sebagai tidak berkerjasama mahu pun menikam kawan dari belakang atau mungkin SAPP dilabel sebagai bersekongkol dengan BN sebagai ejen pemusnah PR di Sabah.
Ungkapan tersebut tidak seharusnya timbul kerana dalam perjuangan yang melibatkan kepercayaan rakyat, demi negeri dan Negara, sudah pasti ia bukan trend bagi pemimpin-pemimpin sesebuah parti politik yang berfikiran matang bertindak sedemikian rupa, lebih-lebih lagi tunggak kepimpinan SAPP yang dipenuhi para pemimpin yang matang dan berpengalaman.
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee merupakan pemimpin yang serba boleh kerana boleh berinteraksi dengan semua kaum di negeri ini tanpa mengira anutan agama, malah beliau merupakan seorang pemimpin yang berani serta lantang menyuarakan sesuatu isu yang tidak disenangi rakyat Sabah termasuk pengabaian kandungan 20 Perkara.
Beliau yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ketika dalam kerajaan BN (sistem penggiliran) banyak membuka ruang perniagaan khusus untuk masyarakat Bumiputra, penempatan masyarakat Murut yang tidak bertanah dalam hutan simpan kerajaan FMU, malangnya baru-baru ini semua rumah yang ada di FMU diroboh kerajaan dan dibakar, manakala penghuninya diusir keluar.
Rakyat Sabah percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti para pengundi akan faham bahawa hanya dengan memperkasakan perjuangan mereka menerusi parti pembangkang untuk memulihkan maruah dan ketidak senangan hati mereka terhadap kepimpinan kerajaan BN sekarang yang semakin menjadi-jadi akan dapat dihancurkan.
Rakyat telah sedar dan faham bahawa PRK Parlimen Batu Sapi bukanlah dapat merobah corak pemerintahan kerajaan di Sabah mahupun di Malaysia, tetapi dengan bakal kekalahan BN di Parlimen Batu Sapi melalui PRK ini, dunia dan rakyat Malaysia akan mengerti bahawa rakyat sudah mula menunjukkan taring untuk mengambil alih teraju kerajaan dari kebuasan BN pada PRU13.
HALAMAN SANTAI
Ahad, 24 Oktober 2010
RASIONALNYA SAPP BERTANDING DI BATU SAPI?
Oleh: PAK MAIL (sabahkini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
31 ulasan:
dalam negara demokrasi seperti Malaysia sesiapa pun berhak untuk bertanding. namun keputusannya terpulang kepada pengundi untuk membuat pilihan.
Kita tengoklah bagaimana keputusan PRK itu nanti. Rakyat akan membuat pilihan mereka.
Bagus juga kalau ada pertandingan tiga penjuru, pasti PRK Batu Sapi ini akan menjadi lebih menarik.
yup,, satu hari nanti pengundi juga akan faham mana parti yang mampu dan layak untuk memajukan Sabah dan membela nasib rakyat, dan mana parti yang hanya mahukan kuasa dan tidak tahu memajukan sabah dan rakyatnya.
SAPP mmg berhak untuk bertanding, semua orang pun ada hak. bagaimanapun ,rakyat kena bijak dalam memilih calon mereka. kerana pemilihan yan tepat membawa kebaikan kepada mereka.
PRK Batu Sapi bakal menghiburkan kita dengan persaingan sengit diantara tiga parti yang bertanding. PRK ini juga bakal menjadi penanda aras tahap populariti masing2.. semua ramalan hanya tinggal ramalan selagi PRK itu sendiri belum membuktikan siapa yang lebih layak di Batu Sapi. oleh itu, jangan mendahului realiti dengan keyakinan kononnya akan menang.. berusaha dahulu sebelum menyuarakan keyakinan..
saya harap penduduk Batu Sapi dapat membuat pilihan yang terbaik berdasarkan kemampuan parti.. jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pihak lain kerana pilihan yang bakal dibuat itu adalah untuk kebaikan penduduk Batu sapi..
Looks like the batu sapi by-election will be an interesting one. I just hope that batu sapi voters will make a wise vote based on the candidates performance.
"RASIONALNYA SAPP BERTANDING DI BATU SAPI?"
Of course it's rational! SAPP has the right to contest. Like i said, it would be interesting. I bet the voters will have a difficult time making up their mind on who to vote.. But if SAPP and PKR were to unite, it would make it easier for the voters to decide.
persaingan yang berlangsung pasti sengit. pengundi perlu membuat pilihan yang tepat. undilah calon yang terbaik...
SAPP mesti akan mendapat sokongan dari kaum cina. ini tidak dinafikan lagi. Apa pun selamat bertanding dengan baik.
Kali inilah, persaingan yang begitu sengit sekali setiap calon. BN yang akan ditentang oleh 2 parti pembangkang SAPP dan PKR. Apa pun kita nantikan keputusannya siapakah yang berjaya.
SAPP memang akan dapat menewaskan PKR tapi susah menewaskan BN. PKR tidak mungkin menang di PRK Batu Sapi ini. SAPP dan BN mungkin calon yang majoriti dapat sokongan rakyat Batu Sapi.
SAPP adalah parti dari Sabah, maka adalah wajar ia ikut bertanding, mana2 rkyat Sabah pun berhak bertanding. dalam piliharaya ini, akan berlangsung pertandingan 3 penjuru antara BN, SAPP dan PKR. apapun, BN adalah parti yang akan memberi tentangan hebat kepada kedua parti pembangkang tersebut.
ini menunjukkan sudah ada variasi dalam prk sabah. teruskan berjuang!
Hal ini sudah tidak perlu diperkatakan lagi, SAPP sudah tetap akan bertanding walau macam mana pun. Kecuali mereka menarik diri di saat-saat akhir saja.
Selamat berjuang kesemuanya! Penduduk Batu Sapi, nasib negeri terletak di dalam tangan anda.
rasional atau tidak tertakluk kepada undi rakyat..
keengganan YTL untuk tunduk kepada permintaan DSAI harus diberi pujian kerana berpegang kepada kata2 beliau untuk bertanding di PRK batu sapi..ini tentu tidak akan menghampakan ahli2 SAPP dan memberikan laluan sukar kepada PKR untuk menang.
persaingan 3 penjuru akan berlaku di batu sapi dan tentu amat menarik untuk diikuti..apa pun, SAPP harus teruskan untuk bertanding.
Bertanding sajalah.. Tak salah kerana pengundi yang akan tentukan nanti.
Setuju mai. Negara kita kan negara demokrasi, so asalkan tak langgar undang2, rasanya tak salah utk bertanding. hihi
Ya Jonny.. PRK BS pasti lebih menarik..
semoga PRK Batu Sapi berjalan lancar dan takda kekacauan.
Jom, sama2 kita nantikan siapa yang bakal menjadi pilihan hati para pengundi:)
Good luck!!
Ramalan boleh dibuat, ketepatannya hanya akan diketahui selepas keputusan diumumkan.
Sesiapa yang berminat dan fikir mereka ada sokongan, mereka berhak bertanding.
Jika ingin bertanding, hantar calon. Tiada pihak yang akan menghalang dan tidak boleh menghalang.
Jika ini alasan SAPP bertanding dalam pilihanraya kecil ini, sudah pasti parti lain juga dapat memberikan seribu sebab bagaimana rasionalnya mereka bertanding.
Banyak sebab boleh diberi untuk merasionalkan keputusan bertanding. Sebelum keputusan pilihanraya diumumkan, semua ini cuma sekadar syok sendiri.
Sebab yang ditunjuk memang rasional.
Catat Ulasan