HALAMAN SANTAI

Jumaat, 8 Oktober 2010

"Reformis" kesal kenyataan Timbalan Presiden PKR

MERDEKA REVIEW

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Yang Berhormat Senator Syed Husin Ali bahawa kumpulan yang mengganggu sidang media bekas pembantu Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, semalam bukan ahli PKR dan diupah sendiri oleh Rahimi Osman.

Aktivis Reformasi tampil untuk membantu YB Senator Timbalan Presiden untuk mengenal pasti kumpulan yang dimaksudkan. Antara yang bersama kumpulan tersebut adalah:

1. Sdr. Puspa (gambar kanan) seorang ahli dan aktivis parti yang telah berjuang sejak 1998.

2. Sdr. Rama aktivis parti dari cabang Lembah Pantai yang juga pernah menyumbang satu unit penghawa dingin kepada pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

3. Sdr. Krisnasamy, mantan Timbalan Pengerusi PKR Klang.

Aktivis berasa teramat kesal terhadap kenyataan Senator Timbalan Presiden (gambar kiri) yang tidak mengenali ahli dan aktivis parti yang telah banyak memberi sumbangan serta berjuang semenjak 1998. Tindakan Senator menafikan keahlian dan penglibatan kumpulan ini di dalam Parti telah mengecilkan hati banyak pihak.

Aktivis Reformasi dan ahli-ahli Parti memohon kepada pucuk pimpinan PKR agar penafian seperti ini tidak berulang lagi.

Salam reformasi.

*Nota Editor: Email ini diedarkan oleh Penyelaras Media Konsensus Bebas, setelah dihantar melalui email "salamreform@gmail.com" , tanpa nama pertubuhan.

**Dalam kenyataan Syed Husin Ali pada pagi ini, beliau tidak menyebut bahawa mereka yang mengganggu sidang media "bukan ahli PKR", dan beliau juga tidak menuduh mereka "diupah sendiri oleh Rahimi Osman". PKR tiada kaitan dengan percubaan gagalkan sidang akhbar

***MerdekaReview telah menghubungi Syed Husin Ali, dan beliau menafikan bahawa dirinya mengeluarkan kenyataan seperti yang dituduh di atas, sebaliknya memesan agar mereka yang mengeluarkan kenyataan membaca dengan teliti kenyataannya.

Tiada ulasan: