IPOH: Seorang remaja yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar, terbunuh selepas bertembung dengan motosikal lain dalam kemalangan di Jalan Ipoh-Jelapang di sini awal pagi Sabtu.
Ketua Trafik Daerah Ipoh Deputi Supritendan Mohd Rodzi Rejab berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada 1.20 pagi itu dikenali sebagai Abdul Munim Che Rus, 17, dari Jalan Baung, Kampung Sungai Tapah di sini.
Beliau berkata mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala penunggang sebuah lagi motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu, Muhamed Farij Mahayuddin, 25, dari Jelapang Jaya, turut dirawat di hospital sama.
Katanya, siasatan mendapati mangsa dikatakan berlumba dengan beberapa penunggang motosikal lain sebelum bertembung dengan Muhamed Farij dari arahbertentangan ketika cuba memotong.
Mohd Rodzi berkata akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan