BEUFORT: Bekas menteri kewangan negeri Mohd Noor Mansoor mengutuk Umno kerana menyebabkan Sabah jatuh miskin selepas mengembangkan sayapnya di negeri di bawah bayu itu.
Dalam satu ucapannya yang keras di kawasan pedalaman pro Barisan Nasional, bekas pemimpin parti Berjaya itu menuduh Umno menyalah guna kuasa mentadbir Sabah, dari sebuah negeri yang kaya kepada salah sebuah negeri yang termiskin di negara ini.
Bercakap di depan satu perhimpunan yang ramai ketika mesyuarat agung tahunan Parti Progresif Sabah (SAPP), beliau memberi amaran Umno memperkenalkan politik perkauman kepada negeri itu untuk memastikan dasar pecah dan perintah terus mencengkam rakyat.
"Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkaya di Malaysia apabila negeri ini diperintah oleh parti-parti politik dari Sabah, seperti Usno, Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
"Umno memiskinkan negeri Sabah apabila parti itu datang ke negeri ini. Sabah kaya dengan sumber asli seperti minyak dan gas (tapi) ia jatuh miskin sebab Umno," katanya kepada ahli-ahli SAPP dan para penyokongnya dari Bongawan, Membakut, Klias, Kuala Penyu, Lumadan dan Sindumin pada hujung minggu lalu.
Jalan penyelesaian ialah kuasa otonomi
Mohd Noor mengeluh setelah 14 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah, masalah-masalah seperti peningkatan jumlah pendatang tanpa izin secara mendadak, pengambilan tanah oleh syarikat-syarikat perladangan, kekurangan bekalan tenaga eletrik dan prasarana yang buruk terus membelenggu negeri ini.
Beliau berkata, ini berlaku disebalik janji-janji untuk menyelesaikannya dan pengumuman mengenai jumlah peruntukan yang besar untuk Sabah oleh pimpinan pusat, dari semasa ke semasa.
Jalan penyelesaiannya, kata beliau kepada perhimpunan tersebut, ialah menerusi kuasa otonomi politik melalui sebuah parti dari Sabah yang tidak perlu "berpakat" dengan para pemimpin Umno dari Semenanjung seperti yang berlaku sekarang ini.
Hanya dengan cara kini katanya, Kuala Lumpur tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri dan sebuah parti berpengkalan di Sabah dapat mentadbir negeri dengan licin.
22 ulasan:
Sabah jatuh miskin hanya disebabkan sistem pergiliran KM. Semua KM masa itu hanya mementingkan sendiri, seperti Harris Salleh yang menjualkan apa yang ada kepada semenanjung Malaysia.
Tapi tidak dinafikan bahawa ada perkembangan yang pesat di negeri kita kebelakang ini.
memang Sabah kaya semasa pemerintahan BERJAYA dan Harris Salleh. namun, merekalah yang menghabiskan harta2 Sabah untuk kepentingan sendiri. Harris telah menjual Labuan kepada Kuala Lumlur, memberikan royalti minyak sebanyak 5 peratus sahaja kepada Sabah. apa yang berlaku pada negeri Sabah hari ini adalah kerana pemerintahan pemimpin terdahulu yang pentingkan diri.
apa yang berlaku adalah kerana kesilapan pemimpin terdahulu. contohnya, semasa pemerintahan BERJAYA, Haris Salleh telah menjual Labuan. Mohd Noor Mansoor sepatutnya sedar keadaan ini.
Sistem pengiliran itu yang telah menyebabkan sabah jadi miskin. Kerana banyak projek terbangkalai tidak sempat disiapkan tempoh pemimpinan KM tersebut. apabila ganti KM baru projek itu tidak dilaksanakan tapi dibuat dengan projek yang baru. Maka ini merugikan kita sahaja.
Sabah miskin kerana sikap pemimpin yang terdahulu yang tidak memikirkan masa depan negeri kita. seperti Harris Salleh yang masa kepimpinan beliau sabah jadi kaya, tapi dengan tindakkan beliau yang tidak memikirkan masa depan sabah telah bertindak dengan menjual labuan dan juga royalti minyak sebanyak 5% saja untuk sabah. Bukankah itu merugikan. Untuk masa pendek itu tidak ada masalah, tapi masa panjang. Kita boleh tengok sekarang. Kerana merekalah sabah menjadi begini. Nasib pemimpin sekarang ini telah mencuba untuk membantu membangunkan sabah. Terima kasih..
Sabah menjadi miskin kerana KM yang tamak seperti Harris dan Yong teck Lee.
Although Sabah may have gone poorer due to the previous CM, we can't deny that Sabah now is developing. However, I do hope Sabah will gain back those richness.
kenapa penyerahan Pulau Labuan kepada KL yang berlaku pada zaman BERJAYA tidak pula diungkit sebagai antara kelemahan pentadbiran pada zamannya. masa berkuasa macam2 boleh dibuat, tapi bila sudah hilang kuasa, mulalah mengkritik sana sini.
saya rasa Sabah akan terus kaya jika pemimpin2 terdahulu tidak mengekploitasi harta2 dan sumber2 sabah untuk kepentingan diri. seperti pada zaman pemerintahan BERJAYA, labuan diserahkan kepada Kuala Lumpur, royalti minyak hanya 5 peratus diberikan kepada Sabah, kayu balak habis ditebang tanpa ada penanaman semula. ini yang menyebabkan sabah jatuh miskin. kemudian disalahkan UMNO pula.
rakyat Sabah tahu siapa yang lebih baik untuk memimpin mereka. sebenarnya tindakan pemimpin terdahulu seperti Haris Salleh yang menjual Labuan merupakan tindakan yang merugikan bagi rakyat Sabah.
Rakyat Sabah berhati-hati dengan kenyataan dari bekas-bekas pemimpin yang tidak lagi aktif tiba-tiba muncul semula.
Memang tidak dinafikan bahawa Sabah telah menjadi papa kedana. Tiada satu parti yang mampu memberi penjelasan terperinci tentang hal ini.
Kekayaan sumber asli tidak menjamin kita akan kaya tanpa pengurusan hasil sumber yang cekap.
Sedih kita jadi negeri termiskin dalam Malaysia. Apa perasaan pemimpi negeri kita?
Sabahan jagan putus asa. Bangkit semula. Sama-sama kita berusaha menyumbang tenaga supaya Sabah kembali menjadi negeri yang kaya.
Sebelum itu, kita mestim pilih sebuah kerajaan negeri yang berkemampuan dan telus.
That's true. We're still in ' poverty ' now.
Masih teringat zaman budak2 sekolah, terus dapat peralatan sekolah percuma. Tapi kini hanya susu saja yg diberi percuma.
It is hard to be rich again. But development is possible.
Kerajaan harus mengatur langkah dalam menjana pendapatan negara.
Catat Ulasan