HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Oktober 2010

Sabah negeri termiskin, BN patut malu, kata PAS

MALAYSIA KINI


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa “kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.

NONE“Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula pilihan raya kecil di Galas yang hanya bersebelahan.

"Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihan raya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.

"InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010," katanya.

Muhyiddin pada sidang media selepas pengumuman calon BN bagi kerusi DUN Galas, di Gua Musang semalam berkata Umno bercakap begitu bukan kerana mereka parti yang bongkak atau sombong tetapi berdasarkan realitinya yang memang mereka berupaya.

NONEKata Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.

"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.

"Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," katanya.

Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.

kelantan flood 141204 people walkingRakyat katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik setiap kali pilihan raya diadakan.

Menurut Idris, rakyat, khususnya di Kelantan juga menyedari “busuk hati” pemimpin Umno yang tidak menghormat federalisme sehingga menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan tidak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam pada 1991 yang lalu.

"Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.

"Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin," katanya.

26 ulasan:

madd berkata...

Sabah kini sudah menjadi semakin maju. malah sudah terdapat daerah yang bebas miskin tegar iaitu Tawau. bagaimana pula dengan PAS di Kelantan???

Tanpa Nama berkata...

tiak dinafikan bahawa Sabah adalah negeri termiskin, namun,kini Sabah semakin maju dan membangun. kadar kemiskinan jg semkin berkurangan. Sabah suatu hari nnti akan menjadi negeri yang kaya semula.

Bujang Senang berkata...

PAS, Sabah negeri termiskin. Kelantan pula negeri ter apa??terkaya kah??jadi PAS pun harus malu juga. kelantan antara negeri termiskin juga k. jadi napa tidak cakap itu dibawah pemerintahan PAS. PAS tidak malukan mahu menjaga tempat orang sedangkan tempat sendiri pun Sama.

evan medhousky berkata...

PAS juga patut malu.. maju sangatkah PAS sehingga tidak ada FDI masuk di kelantan? bagaimana dengan isu air bersih di kelantan? dan bagaimana pula isu rampasan tanah 30 ribu hektar yang diusahakan oleh orang asli untuk diberikan kepada syarikat luar oleh kerajaan PAS di kelantan?

Unknown berkata...

Kita tidak boleh kata sabah negeri termiskin lagi. Kita boleh tengok sendiri yang Sabah sekarang ini sudah berbeza dengan Sabah dulu. Banyak pembangunan telah terlaksana. Sabah telah bertambah maju dan tidak lama lagi memang sabah akan menjadi diantara negeri yang termaju di Malaysia.

evan medhousky berkata...

Bila Nik Abdul Aziz memerintah Kelantan, apa yang orang2 awam dapat dari segi ekonomi dan kemajuan?

Lebuhraya yang baik dari Kuala Kerai ke Gua Musang usaha siapa? Nik Abdul Aziz atau Kerajaan Pusat ?

Jalan tanah merah dari Dabong ke Gua Musang usaha siapa? Nik Abdul Aziz atau Kerajaan Pusat ?

Kekurangan aktiviti ekonomi di Kelantan sehingga banyak anak Kelantan merantau ke negeri lain salah siapa? Nik Abdul Aziz atau Kerajaan Pusat?

Kegagalan Bank Islam PAS ( BIP ), Kad Kredit PAS ( KKP ), Hypermarket PAS, barangan Muslim PAS, Koperasi Islam PAS ( KIPS ) Makro dan Mikro Ekonomi Pas salah siapa? Nik Abdul Aziz atau Kerajaan Pusat?...

evan medhousky berkata...

sedangkan kelantan sendiri tidak mampu dijaga dengan baik, malah seolah2 PAS tunduk bila rakyat di negeri2 PR yang lain tertindas.. jadi tidak perlulah PAS membandingkan usaha BN memajukan sebuah negara sedangan kan PAS hanya sebuah negeri.. PAS lah yang patut malu.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin saya tidak layak untuk memberi pandangan mengenai Kelantan kerana saya belum pernah menjejaki kaki ke sana lagi, tetapi mengenai Sabah, jika saya bandingkan dengan bandar2 utama di beberapa negeri, KK adalah jauh lebih maju. Jadi mungkin yang menyebabkan negeri Sabah nampak termiskin adalah kawasan yang berada di luar bandar.

Anak Sabah berkata...

PAS, tak perlulah menggunakan hal ini untuk meraih sokongan rakyat Sabah. Jika Sabah membenarkan PAS menjadi kerajaan, sudah pasti negeri kita akan menjadi lebih teruk.

Leo berkata...

Kamu tunggu dan lihat sahajalah, suatu hari nanti Sabah pasti akan menjadi negeri terkaya di Malaysia.

Leo berkata...

PAS tidak perlulah mengunakan cara ini untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada isu lain. Daripada mengutuk kerajaan, PAS harus berusaha memastikan Kelantan dalam keadaan baik kerana setakat ini Kelantan belum lagi begitu maju ataupun menjadi negeri terkaya.

azman berkata...

PAS juga pelu malu kerana Kelantan yang ditadbir oleh PAS juga merupakan antara negeri termiskin.

Tanpa Nama berkata...

Tangga ke 6 saja pun.. bukannya top 5 terkaya..

Tanpa Nama berkata...

Sabah sebenarnya tidaklah miskin sangt, penduduk Sabah dapt hidup dgn selesa dan senang. lagipun Sabah kini makin membangun dan meningkat maju.

Tanpa Nama berkata...

Banyak langkah telah diambil kerajaan BN untuk membasmi kemiskinan di Sabah. Hasilnya mungkin tidak begitu cepat ternampak.

Tanpa Nama berkata...

Kelantan bukan negeri kaya. PAS patut lihat negeri jajahannya sebelum menkritik orang.

Tanpa Nama berkata...

Tak dinafikan sabah memang agak ketinggalan dalam beberapa aspek.. namun, jika diperhatikan secara teliti Sabah semakin berubah ke arah yang lebih membangun dari semasa ke semasa :)

Tanpa Nama berkata...

Semoga saja Sabah akan terus membangun dan jolokan 'negeri termiskin' dapat dihapuskan.

Tanpa Nama berkata...

Pas pun jangan pandai cakap ja... Negeri pimpinan mereka maju sangat ka??? huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

Sori lah kalau ada yg tersinggung.. Tapi daripada asyik mengkritik, bukankah lebih baik jika diberi idea yang bernas utk menanggani hal ni...
Lagipun soal kemiskinan ni, semua pihak terutamanya harus bekerjasama dan bukannya asyik menunding jari saja.

Tanpa Nama berkata...

Apapun, saya harap suatu masa nanti Sabahan boleh berbangga kerana Sabah antara negeri yang maju:)
Asalkan ada kemahuan pasti hal ni boleh jadi kenyataan!

Unknown berkata...

Sabah dalam proses pembangunan yang pesat. Hasil pembangunan dapat mengubah keadaan Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Negeri Kelantan bawah jajahan PAS apa kurangnya dibanding Sabah?
Jangan menunding jari pada orang.

Tanpa Nama berkata...

Kelantan masih lagi miskin mungkin lebih miski dibanding Sabah.

Unknown berkata...

Nama negeri termiskin bakal ubah. Usaha kerajaan akan buah hasil.

Tanpa Nama berkata...

BN tidak perlu malu, memang boleh dilihat ada kemajuan, tapi mungkin agak perlahan.