HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Oktober 2010

Sekolah Cina, badan bukan Islam terima bantuan

BBERNAMA


Sekolah persendirian Cina dan badan agama Bukan Islam di Sandakan menerima bantuan kewangan daripada kerajaan Sabah untuk membina dan memperbaiki prasarana mereka.

Bantuan yang disampaikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis di SJK(C) Chi Hwa di Sandakan malam tadi juga bertujuan membiayai aktiviti sekolah-sekolah dan badan-badan agama bukan Islam berkenaan.

Sekolah persendirian Cina termasuk sekolah menengah dan taman asuhan kanak-kanak menerima sumbangan berjumlah RM1.6 juta, berbanding RM1.53 juta tahun lalu.

Badan agama bukan Islam di Sandakan pula menerima bantuan sebanyak RM2.54 juta dengan RM1.39 juta untuk tokong Cina, RM1.1 juta untuk gereja dan RM50 ribu lagi untuk kuil Hindu.

Wakil sekolah persendirian aliran Cina dan badan agama bukan Islam menyambut baik sumbangan kewangan berkenaan kerana ia dapat meringankan beban mereka yang selama ini banyak bergantung kepada sumbangan masyarakat.

"Mereka yang hadir di sini untuk menerima bantuan bukan sahaja rakyat biasa tetapi juga wakil sekolah bantuan kerajaan dan persendirian. Mereka semua mendapat bahagian masing-masing daripada kerajaan negeri.

"Ini sangat baik kerana kita mempunyai kerajaan negeri yang prihatin," kata wakil gereja Katolik Sandakan, Bishop Julius Dusin Gitom.

Julius berharap program seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang serta ditingkatkan jumlahnya jika kerajaan mempunyai kemampuan kerana penerima seperti sekolah-sekolah mubaligh bergantung kepada sumbangan orang awam untuk membiayai pengurusannya.

Wakil masyarakat Cina, Tan Sri Andrew Liew pula berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri atas sumbangan itu dan berharap ia diteruskan pada masa akan datang.

Terdahulu, Musa dalam ucapannya berkata, kesediaan kerajaan memberikan bantuan itu kepada badan-badan agama bukan Islam mencerminkan jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus memelihara kebebasan beragama di negeri itu.

Beliau berharap badan-badan agama berkenaan akan terus menggalakkan pembangunan kerohanian di kalangan masyarakat bagi membendung pelbagai penyakit sosial masa kini.

Musa berkata, bantuan itu juga membuktikan komitmen berterusan kerajaan BN untuk melahirkan modal insan cemerlang yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara sesuai dengan hasrat negara menjadi negara maju menjelang 2020.

Pada 2008, kerajaan negeri Sabah memperuntukkan RM8 juta untuk sekolah-sekolah dan badan-badan agama bukan Islam di Sabah dan tahun lalu jumlah itu dinaikkan kepada RM10 juta.

35 ulasan:

madd berkata...

bantuan yang diberikan ini pasti disambut baik oleh penerima sumbangan..

Tanpa Nama berkata...

bantuan yang diberikan ini amant dihargai. ini menunjukkan bahwa kerajaan adil dalam memberikan sumbangan.

Tanpa Nama berkata...

Saya harap bantuan ini diberi dengan ikhlas, bukan hanya untuk meraih undi. Apa pun, bantuan ini pasti meringankan beban yang ada.

Sanih Alias berkata...

Terima kasih kerajaan atas sumbangan tersebut. Kita rasa bersyukur dengan pemberian oleh kerajaan untuk mengurangkan beban pada pihak berkenaan.

evan medhousky berkata...

pasti ada pihak yang cuba mengaitkan bantuan kerajaan negeri ini dengan PRK Batu Sapi. bagi saya tidak salah dan yang paling penting adalah kemampuan mereka membawa kemajuan pembangunan dan membela nasib rakyat. itu adalah kelebihan sebagai sebuah parti yang telah berjaya membentuk kerajaan. terima kasih dan tahniah kepada kerajaan..

Hosie Masie berkata...

semoga bantuan ini akan mengurangkan sedikit bebabn kepada sekolah dan badan bukan islam itu.

evan medhousky berkata...

saya harap bantuan seperti ini bukan setakat berhenti di Sandakan, tetapi semua daerah juga perlu diambil perhatian.

Bujang Senang berkata...

Kita boleh nampak sendiri bahawa kerajaan Sabah tidak lupa dengan agama dan bangsa lain. Pada 2008 peruntukkan telah diberikan, ini 2010 peruntukkan lagi berikan. Harap kerjaan akan memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Leo berkata...

Terima kasih kerajaan kerana memberi bantuan kepada sekolah cina untuk membina dan memperbaiki prasarana mereka.

Leo berkata...

Diharapkan bantuan kewangan ini adalah pemberian ikhlas dan bukan setakat untuk meraih undian. Sila teruskan dengan memberi bantuan kewangan bukan sahaja di Sandakan tetapi di lain2x daerah.

Anak Sabah berkata...

Kerajaan perlulah berusaha membantu rakyat yang ada.

azman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azman berkata...

bantuan yang diterima adalah bermakna kepada penerima. sekoloh persendirian pun turut menerima bantuan. ini menunjukkan kerajaan membantu pihak yang memerlukan.

Tanpa Nama berkata...

Ya betul tu. Macam komentators yang lain juga, saya mengharapkan bantuan bukan hanya di berikan kepada Sandakan, tambah2 pula dah nak dekat pilihanraya, jangan lupa daerah2 lain pula

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada kerajaan kerana memberi bantuan keada sekolah tersebut, harap kerajaan jgua akan memberikan kepada sekolah2 lain yang masih mundur terutamanya di kawasan pedalaman.

evan medhousky berkata...

bantuan ini membuktikan kerajaan negeri Sabah serius dalam merealisasikan konsep 1malaysia. ia wajar dicontohi oleh pemimpin di negeri lain terutamanya di negeri2 PR.

POP berkata...

Terima Kasih kerana memberi bantuan ini akan dihargai.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa bantuan tidak sampai waktu tiada pilihanraya kecil?

Tanpa Nama berkata...

Bantuan tidak harus hanya diberi semasa pilihanraya.
Rakyat akan merasai bau dan muslihat dibelakang bantuan ini.

Unknown berkata...

BN harus menukar cara dan masa pemberian bantuan supaya ia tidak dijadikan isu dalam pilihanraya kecil Batu Sapi.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah.. Bantuan seperti ini mmg dialu-alukan :)

Tanpa Nama berkata...

Saya yakin pemberian ini pasti dipandang serong oleh sesetengah pihak.. Biasalah, manusia kan orang buat baik pun mahu juga jealous!!

Tanpa Nama berkata...

bagi saya kelebihan di Sabah ialah para pemimpinnya tak menilai pada agama ataupun bangsa org tu.. Kalau ada yang perlu bantuan, pasti dibantu seadanya.

Tanpa Nama berkata...

Ya Nurul. Sememangnya itulah yang diharapkan.

Tanpa Nama berkata...

Paling penting lagi, ia menunjukkann Sabah tidak pernah berpuak-puak :)
Semoga keharmonian di Sabah dapat dikekalkan...

Tanpa Nama berkata...

Bantuan selalunya sampai pada 'TIMING' yang tepat.

Tanpa Nama berkata...

Beberapa keputusan pilihanraya kecil yang lalu menunjukan rakyat tidak semestinya akan memberikan sokongan walau dihulu bantuan.

Unknown berkata...

Terima kasih bantuan yang dihulur. Tapi lebih baik bantuan ini dalam bentuk peruntukan tetap.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih BN. Semoga diteruskan sumbangan baik ini.. Jangan hanya bila ada pilihanraya saja..

Unknown berkata...

Saya ingin bertanya kepada pihak yang menerima sumbangan tersebut; adakah sebelum ini juga pernah menerima bantuan daripada kerajaan?

Velove berkata...

Kerajaan negeri memang tidak pernah mengabaikan permintaan dana untuk sekolah tempatan.

dollie berkata...

Education growth in Sabah is one of the CM's wishes.

Unknown berkata...

Kerajaan negeri telah memperuntukkan berbillion RM untuk sekolah Cina di Sabah. Pujian harus diberi.

chimchim berkata...

CM is a great person. He won't abandon us.

Nemia berkata...

THe state government vows to help those schools.