HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Julai 2011

Khairy juga gesa enam pemimpin PSM tahanan Ordinan Darurat dibebas


KUALA LUMPUR— Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memperlihatkan kelainan berbanding pendirian partinya dalam isu perhimpunan Bersih 2.0 dengan menggesa Putrajaya membebaskan kesemua enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang kini ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Dalam mesej menerusi Twitter hari ini, Ahli Parlimen Rembau ini berkata, beliau akan menyampaikan “pandangan peribadi bahawa YB Dr Jeyakumar dan yang lain dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat” kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja beliau pulang dari lawatan luar negara esok.

Khairy menambah kerajaan telah bertindak atas maklumat mengelirukan terhadap Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar memandangkan ucapan wakil rakyat itu di Parlimen adalah sesuatu yang bersifat intelektual, bukannya subversif.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: