Mohd Sabri Said |
KEPALA BATAS: "Lepaslah mereka yang ditangkap. Mereka tidak bersalah apa-apa pun. Tak kan pakai baju berlambangkan Bersih 2.0 salah sehingga dilabelkan melawan Yang di-Pertuan Agong dan ingin hidupkan semangat komunisme," tegas kaum keluarga dan sahabat handai 30 tahanan yang masih merengkok dalam lokap polis sehingga hari ini. Difahamkan mereka terus ditahan beberapa hari lagi untuk siasatan manakala mahkamah semalam memutuskan tahanan boleh dilawati walaupun bercakap berhalangan tanpa nampak wajah yang jelas. Semalam sekali lagi ahli keluarga dan rakan yang turut memberikan sokongan moral memenuhi Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas yang menempatkan 11 orang perempuan, Ibu Pejabat Kontijen Polis Pulau Pinang (IPK) di Georgetown 7 orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar, Pejabat Polis Butterworth seramai 10 lelaki serta 2 orang kanak-kanak belasan tahun di Balai Polis Sungai Dua. Wakil PSM, Bawani semasa ditemui di IPD Kepala Batas memberitahu, tindakan drastik itu tidak wajar kerana kedatangan rombongan bas itu bukan untuk memberontak sebaliknya menghadiri satu program 'Udah BN bersaralah' yang dijadualkan di Sungai Ara, Pulau Pinang. Setakat ini, katanya beberapa orang dibenarkan berjumpa ahli keluarga dan sahabat handai itupun setelah campur tangan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), antaranya ialah Chang Mooi, Soh Sook Hwa dan Selvam a/l Sinnah iaitu pemandu bas. "Mana mungkin mereka nak lawan Yang di-Pertuan Agong kerana sedar Yang di-Pertuan Agong adalah payung kesejahteraan Malaysia. Ia hanya rekaan sahaja," ujar beliau. Koy Yong pula menyifatkan penahanan 30 anggota PSM tanpa sebab satu kesalahan yang mana akhirnya mensabitkan mereka dengan kes berkenaan. “Kami tahu latar belakang rakan kami. Mereka bukan penjenayah sehingga direman sebegitu rupa. "Kalau mereka penjenayah atau membawa senjata kami rela mereka disabitkan kesalahan itu. Ini tidak mereka hanya memakai baju kuning saja," sambungnya. Sementara itu rakannya, Ganesan menambah, hati merasa sayu apabila mengenang isterinya, Kavitha terpaksa tidur dalam lokap sedangkan isterinya tidak memberontak atau membawa senjata untuk menentang kerajaan. "Lepaskan mereka yang ditahan. Mereka tidak langsung bersalah, apa guna dikurung," katanya selepas menemui isteri tercinta di IPD Kepala Batas. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 1 Julai 2011
“Lepaslah mereka yang ditangkap”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan