MALAYSIA KINI
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah nelayan di Sungai Langat di Banting bagi jangka panjang.
Katanya Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Masyarakat Nelayan Sungai Langat itu akan mengkaji sumber pendapatan alternatif bagi nelayan-nelayan yang terjejas pendapatan ekoran kawasan tangkapan ikan tersebut merupakan laluan kapal-kapal terutamanya kapal yang mengangkut besi ke kilang besi Megasteel Sdn Bhd.
Beliau berkata demikian selepas berdialog dengan para nelayan program kementeriannya bersama rakyat bagi peringkat Parlimen Kuala Langat di Teluk Panglima Garang dekat Banting, semalam.
Semasa dialog itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Langat dan juga Selangor Mohd Jaman Aris membentangkan beberapa rancangan sebagai sumber mata pencarian baru seperti restoran makanan laut, kelong ikan, inap desa ternakan ikan atau udang dan bengkel membaiki sampan.
Noh berkata beliau tertarik dengan idea perusahaan membaiki sampan kerana ini melibatkan latihan modal insan dan program seperti ini wajar diberi keutamaan.
Mohd Jaman berkata menurut bancian Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 360 nelayan daripada 759 yang berdaftar di lima Pangkalan Nelayan di Banting iaitu Kelanang, Tongkah, Pulau Carey, Bandar dan Permatang Pasir terjejas mata pencarian mereka ekoran aktiviti perkapalan di tempat mereka menangkap ikan.
Beliau berkata demikian selepas berdialog dengan para nelayan program kementeriannya bersama rakyat bagi peringkat Parlimen Kuala Langat di Teluk Panglima Garang dekat Banting, semalam.
Semasa dialog itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Langat dan juga Selangor Mohd Jaman Aris membentangkan beberapa rancangan sebagai sumber mata pencarian baru seperti restoran makanan laut, kelong ikan, inap desa ternakan ikan atau udang dan bengkel membaiki sampan.
Mohd Jaman berkata menurut bancian Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 360 nelayan daripada 759 yang berdaftar di lima Pangkalan Nelayan di Banting iaitu Kelanang, Tongkah, Pulau Carey, Bandar dan Permatang Pasir terjejas mata pencarian mereka ekoran aktiviti perkapalan di tempat mereka menangkap ikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan