Pihak polis menolak usaha kali ketiga peguam untuk mendapatkan akses kepada enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan bawah Ordinan Darurat 1969.
"Polis menolak lawatan kami pada jam 2.30 petang hari ini," katanya melalui SMS.
Bon mengesahkan bahawa kumpulan peguam akan memfailkan permohonan habeas corpus esok supaya tahanan dibebaskan, meski pun gagal mendapatkan tandangangan mereka untuk afidavit.
Barisan peguam itu akan menemui anggota keluarga mereka untuk memfailkan afidavit untuk permohonan itu, yang mana boleh dicabar kerajaan di mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan