HALAMAN SANTAI

Sabtu, 2 Julai 2011

SPR dakwa BERSIH 2.0 Tak Releven - Sistem Biometrik Lebih Telus.

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Sistem Biometrik (Teknik Imbasan Cap Jari) dilihat lebih efektif dan telus jika dibandingkan dengan salah satu tuntutan BERSIH 2.0 yang mendesak agar Sistem Dakwat Kekal dilaksanakan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Dato' Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tuntutan sistem dakwat kekal dilihat akan lebih mendatangkan masalah yang lebih besar terutamanya dalam Sistem Pendaftaran pada hari mengundi.

Beliau mempertikaikan tindakan pihak BERSIH 2.0 yang menolak sistem biometrik yang jauh lebih telus dan bersesuaian dengan sistem teknologi sedia ada.

Sistem Biometrik bakal diselaraskan pada Pilihanraya Umum ke 13 bagi memastikan Sistem Pilihanraya Malaysia lebih berkualiti dan efisyen.

Dato' Wira Wan Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan tuntutan Sistem Dakwat Kekal di dalam Majlis Luncheon Talk, Tuntutan BERSIH : Apa Penjelasan SPR? di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Antara yang hadir di Majlis tersebut termasuklah Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Parti Politik, Blogger dan beberapa Agensi Kerajaan.

Tiada ulasan: