HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 November 2011

Jelajah Pemuda Pakatan naik bas, keretapi


Aidila Razak

Bermula pertengahan bulan Disember ini, jika anda dalam perjalanan jauh mengunakan pengangkutan awam, ahli-ahli pemuda Pakatan Rakyat akan menemani dan berbual dengan anda.

Ini sebahagian daripada projek jelajah pemuda PAS, DAP dan PKR untuk mendekati golongan muda bagi memenangi sokongan pengundi yang berusia 40 tahun dan ke bawah.

NONEMenurut Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, cara ini dilakukan bagi mengetahui dengan lebih dekat masalah dan memahami nasib rakyat sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Ia berbeza dengan jelajah biasa yang dijalankan dengan konvoi kereta.

"Kami akan berbaris untuk membeli tiket bas dan kereta api, berinteraksi dengan orang ramai dan mengedarkan risalah-risalah dan maklumat kami," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, pemandu teksi juga akan mendapat penumpang baru melalui cara itu.

Menurut Shamsul Iskandar, kempen jelajah itu akan bermula selepas mesyuarat bersama sayap Pemuda pada 4 Disember. Ia akan bermula di negeri-negeri Pakatan dan mereka akan bergerak ke negeri-negeri yang dirancang untuk ditawan seperti Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Fokus utama akan diberikan kepada belia-belia di kawasan luar bandar dan separa-bandar yang tidak mendapat akses maklumat melalui Internet, seperti rakan-rakan mereka di bandar.

Selain mencari rakan-rakan baru, katanya, sayap Pemuda akan juga membabitkan kelab-kelab belia seperti kelab penyokong bola sepak dan bertukar tweet-up dengan pengguna Twitter.

"Program kami akan lebih santai dan mesra rakyat," kata Shamsul Iskandar.

Berdasarkan perjumpaan itu, Pakatan berharap untuk menjalankan kajian bagi memahami kecenderungan dan gelagat pengundi.

"Dari kaji selidik baru-baru ini, kami dapati beban ekonomi yang dihadapi oleh golongan remaja adalah benar," katanya.

Tiada ulasan: