HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Januari 2012

Ang Pow Putih Perkasa Tiada Kena Mengena Dengan Kerajaan, Kata Najib

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata ketua NGO Perkasa, Datuk Ibrahim Ali adalah ahli parlimen bebas dan pentadbirannya tiada kena mengena dengan tindakan Perkasa memberikan ang pow bersampulkan paket berwarna putih dalam majlis sambuatn Tahuin Baru Cina anjuran pertubuhan berkenaan.

Perkasa, dilaporkan sebagai berkata Ibrahim Ali telah memberikan ang pow bersampul surat putih di majlis berkenaan, Ahad lalu yang menurut adat kaum Cina digunakan hanya ketika majlis pengkebumian.

Tindakannya itu, mengundang kemarahan di kalangan masyarakat Cina dan juga daripada parti komponen BN pimpinan Najib, iaitu MCA dan Gerakan.

“Ibrahim Ali adalah seorang ahli parlimen bebas. sehubungan itu, majlis sambutan Tahun Baru Cina dimana paket ang pow berwarna putih yang diedarkan tidak wajar dilihat sebagai sesuatu yang restui kerajaan," Najib dilaporkan sebagai berkata dalam laman facebook beliau, “Ah Jib Gor” dan dilaporkan oleh media aliran Cina hari ini.

Beliau menambah, kontroversi berkaitan paket ang pow berwarna putih itu boleh dielakkan dengan "pemahamanan mendalam dan sensitiviti terhadap budaya serta kepercayaan kaum Cina.

Menurutnya lagi, insiden terbabit adalah sesuatu pembelajaran pengalaman bagi perhubungan antara kaum di negara ini.

Tiada ulasan: