SETIU – Semakin banyak tanah-tanah pertanian terbiar tidak diusahakan terutamanya tanah-tanah sawah sejak Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan dari PAS pada tahun 2004.
Menurut Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, kerajaan negeri Terengganu tidak peduli dengan kesukaran yang dihadapi oleh para petani kecil.
“kerajaan Umno Terengganu hanya mengutamakan projek-projek mega, tidak peduli kepada petani-petani kecil dikampung-kampung,
“tidak ada lagi bantuan input pertanian baja, racun dan benih, petani menghadapi kesukaran kerana kenaikan harga input-input tersebut,”ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan sidang pemakluman kepada media berkenaan program Forum Kepenggunaan Kenaikan Harga Barang yang akan dianjurkan Lujnah terbabit pada 4 Februari depan.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Jabi berkata, seluas 200 ekar tanah sawah di kawasan baruh Gong Dohud di kampung Tok Dor, tidak diusahakan oleh pesawah sekian lama.
[Gambar - Jentera pembajak yang terbiar di kawasan Gong Dohud, rosak, kerana tidak digunakan sekian lama]
Namun begitu, katanya, beliau hairan kerana pada masa yang sama, kononnya Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said membangunkan kawasan penanaman padi baru di Kampung Jelapang, dalam kawasan parlimen Setiu.
“tetapi jangan hairanlah, Ahmad Said meninggalkan kawasan yang telah ada infrastruktur dan membuka kawasan baru padi, semuanya kerana peruntukan jutaan ringgit,
“kawasan sedia ada tak perlu peruntukan baru, kawasan baru Kampung Jelapang ada pitih RM50 juta,”jelasnya.
Oleh sebab itu, katanya, kemudahan asas pengairan di baruh Gong Dohud terbiar, menyebabkan para pesawah tidak dapat menanam padi.
Beliau mendakwa, itulah ‘strategi tempang’ kerajaan Umno/BN Terengganu, umpama pepatah ‘yang dijear tak dapat, yang dikendong tercicir’.
“Sepatutnya, dengan keluasan tanah sedia ada itu, banyak padi yang menjadi sumber makanan dapat dihasilkan dan kepentingan ekonomi rakyat boleh ditingkatkan,
“tetapi, sebagaimana di laporkan hasil padi di kampung Jelapang menurun kepada hanya 2.1 metrik tan sehektar pada tahun 2010, berbanding 3.9 metrik tan sehektar pada tahun 2009,
“yang dikejar tak dapat, yang sudah diusahakan di Gong Dohud terbiar,”tegasnya.
HALAMAN SANTAI
Selasa, 31 Januari 2012
Tanah Sawah Terbiar; Yang Dikejar Tak Dapat, Yang DiKendong Tercicir!
Wartawan Buletin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan