Operasi dan pemantauan polis menunjukkan wujud trend baru kedatangan pelacur dari Timur Tengah ke Malaysia sebagai destinasi baru mereka.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pelacur dari negara seperti Yemen, Iran dan Iraq menjadikan lelaki di negara ini sebagai sasaran pelanggan mereka.”Mereka datang ke Malaysia menggunakan taktik samaran kononnya untuk belajar bahasa Inggeris menggunakan pas pelajar dengan mendaftarkan diri di institusi pendidikan tinggi swasta.
“Ada juga pelacur ini menggunakan pas lawatan sosial yang membenarkan mereka berada di negara ini selama tiga bulan,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.Gambar sekadar hiasan.
Beliau berkata, pendedahan itu dibuat berikutan penangkapan 15 pelacur dari negara terbabit dalam satu operasi di ibu negara dan Selangor awal bulan ini.
Mohd Bakri menambah, polis kini memantau aktiviti itu dan mereka yang ditangkap akan diambil tindakan sejajar dengan langkah kerajaan ingin membanteras pemerdagangan manusia.
Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dalam membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan perjudian di seluruh negara dengan mengadakan serbuan dan tangkapan.
Katanya lagi, pada tahun lepas, polis menerima 116 kes pemerdagangan manusia dan jumlah itu menurun berbanding 132 kes pada 2010.
“Tahun lalu, kita merekodkan 52 kes melibatkan ekploitasi seks, 45 kes perkhidmatan paksa, 10 kes penyeludupan dan eksploitasi untuk visa dan sembilan kes penjualan bayi,” katanya lagi.
Beliau juga berkata, warga China merupakan jumlah paling ramai ditangkap kerana terbabit dalam pelacuran iaitu 5,922 orang, diikuti Vietnam (2,169), Thailand (1,492), Indonesia (1,208), Filipina (750), Myanmar (112), India (67), Kemboja (36), Bangladesh (34), Laos (14), Uzbekistan (12), Nigeria (8), Uganda (4), dan masing-masing seorang bagi Austria dan Taiwan.
Polis turut menangkap 1,801 wanita tempatan kerana aktiviti pelacuran tahun lepas, kata Mohd Bakri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan