Harakahdaily, | |
KUALA LUMPUR: PAS Putrajaya akan menganjurkan majlis makan tengah hari sempena Maulidur Rasul bersama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada 5 Februari ini bertempat di Dewan Kondominium Saujana Aster, Jalan P11H/1, Presint 11, Putrajaya.
“Program ini diadakan bertujuan menyemai cinta dan kasih kepada Rasulullah s.a.w. dengan menjadikan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiulawal setiap tahun sebagai syiar,” kata Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Mohd Khoirol Anwar Mat Zuki.
Beliau berkata, sesungguhnya Rasulullah adalah insan termulia di antara semua makhluk dan baginda adalah ikon yang wajib dicintai oleh setiap umat Islam.
Katanya, sebagai insan teladan dan teragung, peribadi, tingkah laku, akhlak, watak kehidupan dari sudut peribadi, keluarga, masyarakat dan kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan sunnah yang perlu dicontohi.
Justeru, ujarnya program itu menjadi suatu wadah umat Islam melahirkan kecintaan dan kasih terhadap Rasulullah s.a.w.
Selain daripada itu, kata beliau program makan tengah hari itu disasarkan untuk mengutip dana bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke 13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.
PAS Putrajaya, katanya mensasarkan kutipan sebanyak RM50,000 akan berjaya dikutip dengan program yang dianjurkan itu.
Tambahnya, tiket berharga RM20 seorang dijual dengan harapan penyertaan daripada pelbagai peringkat.
Tiket boleh didapati dengan menghubungi Dr Hairul di talian 013-3680182.
Katanya, sebagai simbolik kepada kemenangan rakyat pada PRU ke 13, Putrajaya sering kali disebut di bibir rakyat oleh mereka yang dambakan sebuah kerajaan baru yang adil, bersih, berkebajikan, telus dan amanah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
“Impian ini tidak akan terlaksana melainkan ‘diruntuhkan’ tembok Putrajaya terlebih dahulu dalam PRU ke 13 dan PAS Putrajaya sedang bersedia menghadapinya,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan