Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menjelaskan rancangan mereka untuk mengadakan Rapat Perdana Gerakan Sokong Syariah (GESA) "tidak ada kaitan" dengan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN).
Walaupun mensasarkan kehadiran sekurang-kurangnya 10,000 umat Islam, setiausaha MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata rapat itu "bukan kesinambungan" kepada HIMPUN.
Tegasnya skop rapat tersebut adalah "lebih luas" ke arah mendokong tuntutan syariah dilaksanakan oleh pemerintah dan dihayati umat Islam di negara ini serta tidak menjuruskan kepada kepada satu-satu isu seperti isu murtad seperti mana yang diperjuangkan oleh HIMPUN.
"(Rapat) ini tidak ada kaitan dengan himpun. Di sini kumpul, di sana himpun," katanya yang kemudiannya diiringi senyuman dan gelak ketawa.
"HIMPUN khusus kepada isu murtad, kita lebih luas yang meliputi (antaranya) sosioekonomi, pengurusan, dan budaya.
"Kalau ada timbul isu murtad, kita garap juga isu ini," katanya dalam sidang media di majlis pelancaran GESA di Dewan Bunga Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran di Ampang.
Tiada kolaborasi dengan HIMPUN
Mohd Azmi berkata pihaknya setakat ini tidak masa kolaborasi dengan HIMPUN kerana GESA - yang disokong oleh 24 NGO Islam - baru ditubuhkan, dan mensasarkan 1,000 NGO akan menyertai GESA.
Rapat Perdana GESA akan diadakan pada 28 April depan di Ipoh Perak.
Menurutnya lagi, GESA adalah gabungan NGO yang tidak ada kaitan dengan parti politik walaupun pihaknya mengalu-alukan sokongan parti politik, intelektual dan ulama dalam memperjuangkan syariat Islam di Malaysia.
Mohd Azmi juga berkata rapat itu dibuat bagi menghilangkan kebimbangan khususnya bukan Islam yang dimomok bahawa syariat itu adalah hudud semata-mata.
"Persepsi yang menyatakan syariat hanya hudud. Itu cara musuh barat tanam Islamophobia, yang memberi kesan kepada bukan Islam, dan umat Islam itu sendiri.
"Ia akibat perencanaan halus untuk menakut-nakutkan bukan Islam," katanya.
Kes libatkan taraf keislaman
Mengulas lanjut, beliau menegaskan GESA ditubuhkan untuk mengangkat keprihatinan masyarakat Islam kepada kewajipan 'mengarusperdanakan' syariat dalam seluruh kehidupan umat Islam di negara ini.
"Mengarusperdanakan bererti syariat akan menjadi kerangka kehidupan seluruh aspek tingkah, pemikiran dan sikap umat dan menjadi peraturan dalam pelbagai bidang kehidupan.
"Ia akan meliputi setiap dimensi kehidupan baik individual, komunal mahupun sebagai warga ditingkat nasional," kata Mohd Azmi.
Sehubungan itu, dalam cita-cita menjadikan syariat sebagai kerangka hidup direalisasikan, Mohd Azmi berkata GESA menggariskan beberapa tuntutan terhadap pihak pemerintah.
Antaranya meminta Majlis Raja-raja Melayu, Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Agama Islam negeri-negeri, Jakim mempertingkatkan keberkesanan agensi berkaitan untuk menguatkuasakan semua peruntukan undang-undang yang sedia ada demi menjaga kesucian dan martabat Islam khususnya dalam persoalan menghina agama Islam dan institusi agama Islam.
"Kami juga amat prihatin bahawa kedudukan bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut perkara 121 (1a) masih boleh disemak oleh mahkamah sivil seperti yang berlaku ke atas kes anak-anak Riduan Abdullah.
"Lantaran itu tidak boleh diambil ringan kes-kes prisiden mengenai taraf keislaman seseorang dicabar seperti beberapa kes yang sedang berlangsung di mahkamah sivil setakat ini," katanya.
Luaskan mahkamah syariah seperti sivil
Mohd Azmi juga berkata pihaknya mendapati peruntukan undang-undang khusus yang berkaitan dengan menjaga dan mengawal akidah Islam belum diwujudkan sedangkan isu akidah adalah tunjang dalam menentukan kedudukan dan wibawa Umat Islam.
Selain itu, Mohd Azmi turut menggesa penubuhan Mahkamah Perlembagaan dengan kadar segera, seperti yang dilakukan oleh beberapa negara di Asia Barat, bagi menangani isu pertembungan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah khususnya berhubung isu permurtadan umat Islam
Katanya, mahkamah perlembagaan diwujudkan untuk menangani isu tersebut bila berlaku isu mengenai pentafsiran perlembagaan.
Sementara itu, Timbalan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Prof Madya Abdul Rahman Awang berkata bidang kuasa mahkamah syariah di Malaysia adalah berhubung antaranya isu kekeluargaan dan nikah cerai.
Sehubungan itu, beliau menuntut bidang kuasa mahkamah syariah diperluaskan dengan membicarakan seperti mahkamah sivil.
Mohd Azmi kemudiannya mencelah dengan memberi contoh jika berlaku perselisihan antara pelanggan dan Bank Islam, maka kes tersebut dibicarakan di mahkamah sivil.
"Sedangkan itu Bank Islam," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan