HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Januari 2012

Pertuduhan ke atas Shamsubahrin untuk ‘sibukkan’ beliau- Latheefa

KEADILAN DAILY


KLANG: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, dua pertuduhan yang dikenakan terhadap saksi penting NFC, Datuk Shamsubahrin Ismail bertujuan untuk memastikan beliau ‘sibuk’.

Pertuduhan terbaru itu, katanya bagi menghalang Shamsubahrin mendedahkan lebih banyak penyelewengan NFC.

Shamsubahrin yang kini dirawat di hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), hari ini didatangi dua majistret untuk mendakwa beliau atas tuduhan menipu- melibatkan seorang pemandu teksi dan isu membekal pembantu rumah.

“Semua pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau sekarang tidak berkaitan dengan NFC.

“Ia dibuat untuk memastikan beliau ‘sibuk’,” kata Latheefa Koya yang bertindak sebagai peguam Shamsubahrin sewaktu memfailkan laporan polis di pondok polis HTAR, hari ini.

Menurut Latheefa, Shamsubahrin kini menghadapi kesukaran untuk menjelaskan wang jaminan yang dikenakan terhadapnya sebanyak RM11,000 dan RM9,000 bagi dua pertuduhan berkenaan.

Ini kerana, kata Latheefa, keluarga Shamsubahrin sudah pun membayar RM60,000 dalam bentuk tunai yang merupakan sebahagian daripada RM300 ribu jaminan atas tuduhan menipu Pengarah NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebelum ini.

Baki daripada wang jaminan pertama dijelaskan keluarga Shamsubahrin dalam bentuk cagaran hakmilik tanah keluarganya, katanya lagi.

Shamsubahrin, seorang ahli perniagaan dan pernah berurusan dengan NFC kini berada di bawah pemerhatian doktor kerana masalah jantung dan penyakit kencing manis di HTAR.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan Shamsubahrin diberikan cek bernilai RM1.755 juta oleh Mohamad Salleh untuk merasuah polis dan SPRM yang menyiasat NFC.

Beliau bagaimana pun menjadi kambing hitam apabila didakwa cuba menipu Mohamad Salleh.

Tiada ulasan: