HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Januari 2012

Jangan kahwin dengan PATI

16JAN

JOSEPH Kurup (tiga dari kanan) menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi JKKK baharu kawasan di Dewan Masyarakat Sook, Pensiangan, kelmarin.


PENSIANGAN - Rakyat tempatan diingatkan supaya tidak berkahwin dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengelak timbul masalah di kemudian hari.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, antara masalah akibat berkahwin dengan PATI adalah anak-anak mereka sukar mendapatkan dokumen pengenalan diri kerana ibu atau bapa mereka merupakan PATI.

"Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak mereka tercicir dalam program bantuan kerajaan akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pensiangan di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan taklimat peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi JKKK kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook di Dewan Masyarakat Sook.

Pada majlis itu, Kurup menyampaikan watikah pelantikan kepada 25 Pengerusi JKKK yang baharu dilantik.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Sook, Datuk Ellron Alfred Angin.

Menurut Kurup, Pengerusi JKKK di setiap kampung perlu memberi penjelasan kepada penduduk di bawah jagaan masing-masing agar tidak sewenang-wenangnya berkahwin dengan PATI.

Sementara itu, beliau menggesa Pengerusi JKKK memainkan peranan sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat, selain menjaga keselamatan dan kebersihan kampung.

"Pengerusi JKKK perlu berdisiplin dan menjadi contoh kepada penduduk di bawah jagaan masing-masing," ujarnya.

Tiada ulasan: