HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Januari 2012

TERAS: Dasar sekular k'jaan punca gejala murtad


MALAYSIA KINI

Ancaman sekularisme yang mendasari dasar-dasar kerajaan adalah punca utama gejala murtad dilaporkan semakin parah di negara ini, kata pertubuhan bukan kerajaan, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

pas anti fta protest 140307 azmi abdul hamidJusteru, menurut presidennnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan media, TERAS menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Pusat Mengenai Murtad seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Kami mendapati bahawa gejala murtad yang tidak boleh dinafikan berlaku di kalangan umat Islam perlu segera dibendung terutama ancaman sekularisme yang mendasari dasar-dasar kerajaan telah menjadi punca utama gejala ini semakin parah.

“Kami sangat khuatir terhadap gejala mereka yang murtad tetapi terus berpura-pura masih Islam. Kes ibubapa dikejutkan dengan pengakuan anak-anak yang keluar dari Islam pernah berlaku dan hal ini sangat perlu diberi perhatian serius,” katanya.

Anak muda

Mohd Azmi juga menggesa supaya jawatankuasa yang ditubuhkan itu memberi perhatian serius kepada punca murtad dan mendakwa lazimnya mereka yang dijadikan mangsa murtad ketika didekati oleh pihak yang sememangnya berhasrat berbuat demikian.

“Kami memandang serius gejala murtad yang berkembang dikalangan anak muda akibat masalah keluarga yang tidak dapat dikendali dengan baik.

“Kami juga berpendapat adalah sangat penting Jawatankuasa ini membantu negeri-negeri sama ada negeri yang sudah ada enakmen mengenai larangan menyebar agama lain dari Islam kepada orang Islam atau negeri yang masih belum ada enakmen berkenaan,” katanya.

azlanMenurut Mohd Azmi lagi, kerjasama bersepadu dengan semua agensi hendaklah dilakukan jika jawatankuasa berkenaan serius untuk mengatasi gejala murtad.

“Isu penguatkuasaan undang-undang perlu diatasi segera kerana ia akan memberi imej kepada wibawa pihak berkuasa agama. Jika enakmen yang ada tidak dikuatkuasa walaupun sudah terbukti pihak yang terbabit bersalah maka enakmen dan agensi yang ujud akan menjadi momokkan masyarakat.

“Jawantankuasa tersebut juga perlu memberi perhatian kepada mengkaji dan menyemak semua enakmen mengenai murtad yang ada di negeri-negeri.

Taraf keislaman

“Ini adalah kerana ada negeri yang masih mempunyai kelonggoran dalam isu murtad sehingga pihak yang mahu memohon menukar nama dan agama dari Islam kepada bukan Islam boleh berbuat demikian di negeri tersebut,” katanya.

NONESelain itu, menurut Mohd Azmi, TERAS juga sangat prihatin terhadap pelbagai kes taraf keislaman anak-anak bila salah seorang pasangan suami isteri memeluk Islam.

Ini kerana, katanya, kes suami atau isteri yang memohon untuk membatalkan pengislaman anak di mahkamah sivil akan membawa implikasi besar kepada status undang-undang Islam yang diputuskan di Mahkamah Syariah.

“TERAS mengesa supaya Jawatankuasa ini juga memberi perhatian kepada pelbagai persoalan kebajikan mualaf yang masih belum diatasi dengan sempurna terumata dari sudut undang-undang,” katanya lagi.

Tiada ulasan: