KUALA LUMPUR— Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah pendiriannya untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang yang mana Pakatan Rakyat (PR) yakin mereka mampu untuk memenangi.
Presiden PAS itu menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam, dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.
“Saya harapkan Ustaz Hadi (gambar) akan menarik balik keputusannya itu kerana khidmatnya amat diperlukan.
“Beliau penting buat PAS dan juga Pakatan Rakyat,” jelas ketua pembangkang itu kepada The Malaysian Insider dalam khidmat mesej teks yang dihantar oleh setiausaha akhbarnya.
Pemimpin PKR itu turut menambah, beliau akan berjumpa Hadi “dalam masa terdekat” bagi memastikan Ahli Parlimen Marang itu “kekal mengetuai kepimpinan PR.”
Abdul Hadi menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan PR beliau termasuk, Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat, Anwar dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.
Umno membuat penjelasan bahawa pengumuman Hadi itu menunjukkan terdapatnya krisis dalaman parti Islam tersebut.
“Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana beliau yang sepatutnya membuat keputusan sedemikian selepas menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh masa yang terlalu lama.
“Keputusan ini berkemungkinan disebabkan konflik dalaman PAS, termasuk pemecatan Datuk Hasan Ali,” jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin memetik laporan Bernama Online.
Bekas exco Selangor, Hasan disingkirkan daripada parti selepas menggesa penyojong pembangkang agar tidak terlibat dalam perhimpunan menyojong pembebasan Anwar atas kes liwat.
Bekas Ketua PAS Selangor itu juga berulang kali menuduh parti berkenaan terpesong daripada landasan sebenar parti.
Abdul Hadi juga menyatakan sekiranya beliau tidak akan bertanding untuk mana-mana kerusi, beliau akan bergerak bebas ke seluruh negara untuk berkempen.
Anwar turut melakukan perkara yang sama dalam kempen ketika Pilihan Raya 2008, ekoran beliau tidak dibenarkan bertanding atas dakwaan menyalahgunakan kuasa.
Namun begitu, kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu merupakan kunci utama pembangkang menewaskan penguasaan dua per tiga Barisan Nasional di Parlimen dan menguasai lima negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan