HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Mac 2012

Adakah Tabung Haji akan jual ladang sawit di Riau?

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Adakah Tabung Haji akan menjual ladang kelapa sawitnya seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia dengan harga USD900 juta kepada PT Borneo?

Persoalan tersebut ditimbulkan penulis Mohd Sayuti Omar di dalam blognya, Merah Tinta, http://www.msomelayu.blogspot.com/ malam tadi.

Menurutnya, beliau baru menerima emel sekejap tadi dari seorang penjengok yang memberi tahu Tabung Haji telah bersetuju menjual asetnya iaini ladang kelapa sawit seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia dengan harga USD900 juta kepada PT Borneo.

Penjengok itu meminta mana-mana wakil rakyat boleh membangkitkan perkara ini di parlimen memandangkan urus niaga melibatkan lebih dari RM2 billion.

“Perkara ini perlu didedahkan kerana ia melibatkan kepentingan penyimpan Tabung Haji termasuk saya, isteri dan ibu,” tulisnya.

Beliau turut memetik kandungan emel diterima itu:

Maklumat yang baru diterima: Tabung Haji telah bersetuju menjual aset mereka iaitu ladang kelapa sawit seluas 83,000 hektar di riau, Indonesia dengan harga USD900 juta kepada PT Borneo. Pohon minta mana2 YB untuk membangkitkan perkara ini di parlimen kerana melibatkan urusniaga yang melebihi dari RM2 bilion.

Begitupun, Sayuti tidak dapat mengesahkan maklumat itu dan kepada mana-mana pihak yang mengetahuinya boleh berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama.

Tiada ulasan: