KUALA LUMPUR — PKR hari ini menuduh Putrajaya cuba untuk melindungi skandal RM250 juta Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan membuat penawaran baru terhadap skandal ternakan lembu terbabit dan mempertahankan Perdana Menteri daripada bertanggungjawab terhadap skandal terbabit.
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata isu utama skandal tersebut adalah Datuk Seri Najib Razak turut terlibat dalam perkara itu, apabila beliau meluluskan RM250 juta projek berkenaan kepada Pusat Fidlot Corporation (NFCorp), syarikat yang diusahakan oleh suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Ini menunjukkan kecuaian Perdana Menteri yang mana menjurus kepada kemungkinan penyalahgunaan (pinjaman) dan juga jenayah pecah amanah,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
“Perkara itu belum terjawab, dan beliau sebaliknya membuat bidaan baru ... ini menunjukkan niat beliau untuk melindungi kesalahannya memberikan kontrak tersebut kepada pihak yang tidak layak.”
Pemimpin PKR itu turut menjelaskan dua pengumuman yang dibuat kerajaan berhubung kes tersebut yang masih lagi tidak dilaksanakan :
* kerajaan tidak menjelaskan mengapa NFCorp masih lagi dibenarkan untuk menjalankan aktivitinya sedangkan Najib telah mengarahkan aset syarikat dibekukan
* kerajaan belum lagi mengumumkan butiran lengkap berkenaan audit “bebas” yang dijalankan ke atas NFCorp.
“Sehingga hari ini, skop audit, tanggungjawab juruaudit dan bila ia akan bentangkan di Parlimen masih lagi menjadi tanda tanya,” kata Rafizi.
“Saya perlu tahu apa yang dilakukan audit berkenaan supaya salah laku dapat dikenal pasti dan bukti akan dihapuskan.”
Menurutnya lagi, PKR tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan pendedahan mingguan mereka terhadap skandal NFC, yang mana akan bermula “minggu depan”.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar semalam berkata Putrajaya akan memulakan bidaan tender untuk mengambil alih NFC daripada NFCorp yang mana Pengerusi Eksekutifnya menerima tuduhan menyalahgunakan dana RM250 juta.
Menurut beliau cadangan untuk menjemput syarikat lain meneruskan projek tersebut telah diumumkan Najib sebelum ini dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditugaskan untuk memastikan projek tersebut terus berjalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan