"Masalahnya ialah pemimpin tertinggi masih belum lagi membincangkan perkara ini.
"Tetapi saya tetap berharap untuk mendapatkan jawapan terbaik," katanya ketika dihubungi.
Lee berkata beliau berasa perlunya untuk membuat penjelasan tersebut selepas 'dihujani' soalan dari media ekoran kenyataannya semalam.
Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata jika DAP gagal mendapatkan lebih banyak kerusi, parti itu mungkin tiada pilihan tetapi akan terbabit dalam pertandingan tiga penjuru.
Lee berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa DAP tidak akan mendapat kerusi tambahan.
Bagaimanapun, Lee berkata landskap politik di Kedah telah berubah, dan DAP memohon untuk bertanding enam negeri dan dua kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-13.
Sementara itu, PKR Kedah menggesa DAP untuk kembali kepada garispanduan Majlis Presiden Pakatan berhubung agihan kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan