HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Mac 2012

Ahli Parlimen boleh cabar kelayakan Ketua Pembangkang

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Mana-mana Ahli Parlimen berhak mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi mencabar kelayakan (impeach) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, berikutan pelbagai isu moral yang dihadapinya.

Pesuruhjaya Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu boleh dilakukan kerana jawatan Ketua Pembangkang yang disandang Anwar merupakan jawatan rasmi dan beliau memainkan peranan mustahak dalam sistem berparlimen.

Bagaimanapun, beliau mengakui usul seumpama itu tidak pernah dikemukakan di Parlimen.

"Ia wajar diperhatikan kerana selama ini pihak kerajaan sahaja yang menjadi tumpuan di Parlimen angkara sebarang tindakan disiplin tetapi kita lupa peranan pembangkang yang juga sama penting dalam sistem 'check and balance'.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya lepas ini akan timbullah isu tentang kelayakan Anwar sebagai ketua pembangkang. Semakin rancak keadaan sekarang, apatah lagi bila tibanya minggu berkempen.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin seperti Anwar memang layak dikenakan tindakan disiplin atau terus digugurkan dari kedudukannya.

Green Sabah berkata...

Hope that the Parliament Members will be rational when raising up any issues regarding the opposition.

Tanpa Nama berkata...

kepimpinan Anwar byk masalah, mmg patut ia dipertikaina.

Hamdan Hadillah berkata...

Anwar tidaklah hebat mana pun dalam pentadbirannya.

Hamdan Hadillah berkata...

Kita lihat saja nanti apa yang pembangkang dapat lakukan untuk PRU13 nanti.

evan medhousky berkata...

untuk mematikan serangan pihak lawan terhadap dirinya, Anwar hanya perlu arahkan penyokong2nya berhimpun untuk membela beliau..