MALAYASIA KINI
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) melancarkan portal rasmi yang dapat menyalurkan maklumat pencegahan rasuah dengan pantas, efisien dan interaktif.
Pengarahnya, Timbalan Pesuruhjaya Abdul Wahab Azizi berkata portal itu antara kriteria bagi mencapai bidang keberhasilan utama dengan meningkatkan imej akademi tersebut sebagai pusat kecemerlangan.
"Kewujudan portal ini diharap dapat memantapkan kolaborasi dan menggiatkan lagi jalinan kerjasama antara MACA dengan badan antarabangsa seperti Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Bank Pembangunan Asia (ADB) serta Institut Pencegahan Jenayah dan Layanan terhadap Pesalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
di Asia dan Timur Jauh (UNAFEI)," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata MACA juga dapat menjalin kerjasama dengan agensi penguatkuasa dalam negara, selain menjadi rujukan orang awam.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed memuji MACA kerana memainkan peranan aktif dalam menyediakan latihan kepada pegawai pencegah rasuah di dalam dan luar negara.
Beliau berkata MACA dan UNDP bekerjasama untuk memperkukuhkan kefahaman teknikal ketua dan pegawai agensi penguatkuasaan pencegahah rasuah dari negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) selain berjaya melaksanakan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO).
"Ini membuktikan bahawa MACA diberi kepercayaan besar untuk melatih pegawai-pegawai yang berintegriti dan menyediakan program latihan yang berkeupayaan membanteras jenayah rasuah," katanya.
Abu Kassim juga berkata portal rasmi MACA juga dapat mempermudahkan pelbagai hebahan dan muat turun untuk memberi maklumat terkini akademi itu.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan