HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Mac 2012

SMS Speaker dijadikan alasan Adun BN tidak ikuti perbahasan

Oleh: Norutul Ilham


SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mendakwa bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hassan Ali menyebarkan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) berhubung saranan beliau supaya Exco-Exco membuat penggulungan kejayaan empat tahun Pakatan Rakyat (PR) memerintah seperti yang dibuat oleh Yaakob Sapari.

Menurutnya, pesanan itu hanya dihantar kepada senarai kumpulan SMS dalam telefon pintar Blackberrynya malam tadi, tetapi SMS itu pula disebarkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN.

Lebih malang lagi tindakan Teng itu dijadikan sebagai alasan Adun-Adun BN untuk tidak mengikuti perbahasan dan penggulungan kerana mendakwa Speaker berat sebelah.

“Saya mempunyai kumpulan SMS Exco dan kumpulan SMS Adun BN. Mungkin saya silap kerana masih tidak membuang nama Hassan dalam senarai tersebut.

“Ini yang mahu saya beritahu bahawa Jati mempunyai hubungan erat dengan Adun Umno. Saya kesal apa yang terjadi kerana sikap Adun BN yang lebih berminat menyerang saya daripada membincangkan perkara yang sepatutnya di dalam dewan,” katanya ketika sidang media di Bangunan Annex di sini hari ini.

Katanya, jika Adun BN masih tidak berpuas hati dengan tindakannya itu mereka boleh membawa usul peraturan mesyuarat di dalam dewan berkenaanya.

“Kalau tidak puas hati, mereka boleh buat usul dalam peraturan mesyuarat dewan.

“Masa itu, saya akan turun ke bawah, tempat Adun Sungai Pinang bagi menjawab sebarang pertanyaan,” katanya.

Tambahnya, dakwaan Adun BN mengatakan bahawa beliau berat sebelah mempengerusikan sidang DUN itu ternyata meleset.

“Saya sebagai pengerusi, tetap memberi teguran dan tunjuk ajar mana-mana Adun yang tidak mengikut peraturan dewan sama ada perbahasan atau pun pengugulungan.

“Contohnya Adun Kuang (BN), Datuk Abdul Shukor Idrus pernah minta bantuan saya memberi tunjuk ajar dalam dewan, saya tidak menolak, tetapi memberi kerjasama kepadanya kerana tugas saya menasihat,” ujarnya.

Tiada ulasan: