HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Mac 2012

Nazri: Jawatankuasa khas Parlimen dilarang bincang NFC, Lynas, kes Tajudin Ramli


KUALA LUMPUR — Parlimen dan jawatankuasa khasnya tidak dibenarkan berbincang berkenaan butiran Lynas Corporation, Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan juga kes Tajudin Ramli sehingga mahkamah membuat keputusan, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Menteri kanan itu berkata perkara itu berkuatkuasa kepada Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) terhadap Lynas, penyiasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap RM250 juta skandal NFC dan soalan Pakatan Rakyat (PR) yang ditolak berkenaan penyelesaian kes Tajudin di luar mahkamah.

“Betul, sekiranya ia masih dibincangkan di mahkamah, undang-undang subjudis terpakai untuk itu,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditanya di Parlimen semalam.

Turut dinyatakan Lynas PSC hanya mempunyai tiga bulan penggal yang akan tamat sebelum mahkamah menyelesaikan kes tersebut, namun Nazri berkata tempoh panel tersebut masih boleh dilanjutkan.

“Kes Tajudin masih lagi dibincangkan di mahkamah,” katanya.

Menjelaskan isu subjudis hanya boleh ditentukan oleh mahkamah dan bukannya Parlimen, menteri itu berkata, “pada saya jelas sekiranya kes itu masih lagi dalam perbicaraan, kita tidak boleh membincangkannya”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu (gambar) berkata demikian apabila menjelaskan keputusan Dewan Rakyat menolak soalan berkenaan Tajudin, bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS), dan penyelesaian kontroversi beliau dengan Danaharta.

“Lagipun, penyelesaian di luar mahkamah bukanlah tidak pernah ada di dunia ini,” tambahnya.

Pada 13 Mac, dilaporkan Dewan menolak soalan daripada DAP berkenaan penyelesaian di luar mahkamah Tajudin-Danaharta atas alasan ia tidak boleh dibincangkan.

Keempat-empat ahli Parlimen itu menyoal Putrajaya berkenaan butiran penyelesaian tersebut dan bagaimana ia akan memberikan kebaikan orang ramai sedangkan Tajudin sudah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi supaya membayar RM589 juta kepada Danaharta, yang mana di wujudkan bagi mengatasi krisis hutang sewaktu krisis kewangan Asia pada 1997.

Selasa lalu, topik berkenaan subjudis sekali lagi dibangkitkan di Parlimen ketika debat berkenaan cadangan membentuk Lynas PSC.

Usul berkenaan diluluskan walaupun pembangkang enggan memberikan kerjasama, dan menyatakan mereka adalah “pengamal perhubungan awam” oleh Putrajaya untuk membenarkan kilang Lynas di Kuantan.

Namun begitu, Nazri semalam mengingatkan Dewan telah mempertimbangkan berkenaan Lynas PSC telah memusatkan “pentadbiran” berkenaan pembentukan panel, sama seperti komposisi dan rujukannya.

“Jadi sekiranya ada pihak berkata kerajaan tidak konsisten (dengan menolak soalan Tajudin) kerana kami membenarkan perbincangan Lynas, itu tidak benar.

“Hanya berkenaan Lynas, kami tidak berbincang berkenaan merit kes,” jelas Nazri.

Sepuluh penduduk Kuantan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Australia itu, Lynas Corporation, untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi melawan keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) berkenaan lesen operasi sementara (TOL) untuk menjalankan kilang nadir bumi tersebut di Gebeng, Kuantan.

Rabu lalu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengesahkan kepada Dewan perkara spesifik berkaitan dakwaan jenayah terhadap Pengerusi Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail adalah subjudis apabila membincangkan skandal NFC.

Penjelasan beliau itu dibuat selepas menolak usul tergempar minggu sebelumnya untuk membincangkan penyalahgunaan wang oleh Salleh dan dan keluarganya. Salleh yang didakwa atas jenayah pecah amanah di mahkamah adalah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

PAC turut membuka kes berkenaan Tajudin dan NFC, tapi menurut Nazri, jawatankuasa tersebut adalah tidak dibenarkan untuk menyentuh perkara yang berkaitan kes yang masih berlangsung di mahkamah.

Tiada ulasan: