HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Mac 2012

PKR hantar memorandum kepada PM bantah FGVH

Biro Masyarakat Peneroka dan Orang Asli PKR akan menghantar memorandum kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membatalkan penyenaraian tersebut.



PETALING JAYA: PKR akan mempertingkatkan kempen supaya kerajaan membatalkan penyenaraian Felda Global Venturing Holding (FGVH) yang dijadualkan pada bulan depan.

Sebagai langkah terbaru, Biro Masyarakat Peneroka dan Orang Asli PKR akan menghantar memorandum kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membatalkan penyenaraian tersebut.

“Kami akan menghantar memorandum itu di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari Jumaat ini,” kata Ketua Biro Peneroka dan Orang Asli PKR, Suhaimi Said.

“Sekalipun penyenaraian FGVH dibuat, kita akan terus berkempen di seluruh negara membantah penyenaraian tersebut.
“Apa yang kita sedang buat sekarang ialah mendapatkan tanda tangan dari peneroka di seluruh negara sebagai tanya membantah penyenaraian FGVH.

“Kita sudah mendapat tanda tangan lebih daripada 2, 000 dan dijangka lebih ramai akan berbuat apabila kempen diperhebatkan,” kata beliau.

Kempen pilihan raya

Suhaimi menegaskan, penyenaraian FGVH hanya menguntungkan jangka pendek peneroka tetapi akhirnya mereka akan menyesal.

Menurut beliau, penyenaraian FGVH ini hanyalah sebagai kempen pilihan raya BN.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, FGVH tetap disenaraikan meskipun tidak mendapat kelulusan Koperasi Peneroka Felda (KPF) iaitu pemegang saham tersebesar Felda.

Sekumpulan peneroka Felda di Pahang telah memfailkan injuksi di mahkamah bagi menghalang mesyuarat agung KPF bagi membolehkan penyenaraian dibuat.

Sebuah lagi NGO iaitu Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) juga membantah penyenaraian FGVH.

Tiada ulasan: