HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Mac 2012

Menteri: Mansuh PTPTN bebankan kerajaan

MALAYSIA KINI
Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.

"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?

"Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dalam mengurangkan beban pelajar dengan menukar status pembiayaan PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama untuk terus mecapai matlamat membentuk rakyat yang berdaya saing.

"Kalau kita pandai dapat kelas pertama, PTPTN itu tukar jadi biasiswa pada akhirnya... Kalau kata semua pelajar pun dapat kelas pertama, semua pun dapat biasiswa, jadi macam hapus jugalah PTPTN itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan tidak membezakan antara IPTA dan IPTS daripada segi matlamat ataupun pengambilan pelajar kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.

Malahan beliau berkata kerajaan menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.

"Maka antara pendekatan yang kita telah mulakan ialah dari segi pengambilan ataupun pinjaman tenaga akademik daripada IPTA kepada IPTS, kita juga buka pembiayaan untuk menyambung belajar kepada pensyarah-pensyarah IPTS seperti Mybrain15, kita juga benarkan IPTS bersama IPTA untuk melakukan kolaborasi dan membida peruntukan untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) dan sebagainya," katanya.

Mengenai program Mybrain15, Mohamed Khaled berkata pihak IPTS boleh berunding dengan pihak kerajaan bagi mengikat kontrak mana-mana pensyarah, namun mesti mengiktiraf peningkatan ilmu pensyarah itu dan perlu memberikan pendapatan yang berpatutan.

"Maknanya dia boleh kontrakkan, mungkin apa yang kita (KPT) boleh buat untuk bantu IPTS kita mungkin boleh rundingkan," katanya menambah bahawa tujuan kerajaan melahirkan lebih banyak pemegang doktor falsafah (PhD) di bawah program itu bukan sahaja bagi membantu sektor kerajaan tetapi semua sektor termasuk swasta.

MyBrain 15 ialah agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan Transformasi Pengajian Tinggi Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk melahirkan bilangan pemegang PhD yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara. Bernama

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terdapat juga tuduhan bahawa terdapat IPTS yang hanya tahu ambil kesempatan. Masalah ini juga perlu dipantau sejauh mana kebenarannya.

Kalau tidak mahu bayar pinjaman, belajarlah bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan yang cemerlang. Automatik pinjaman menjadi biasiswa jika dapat kelas pertama.

Tanpa Nama berkata...

Kalau semua pun mahu percuma dari kerajaan, alamatnya kerajaan akan bankrap. Tidak boleh lihat pada kepentingan pihak2 tertentu saja. kerajaan kena ambilkira banyak perkara dalam kes tuntutan untuk memansuhkan pinjaman PTPTN yang dibuat oleh para pelajar.

Tanpa Nama berkata...

PTPTN adalah hutang pelajar, mereka harus langsaikan sendiri hutang2 mereka.
30 Mac 2012 2:03 PTG

sabaheco berkata...

Kalau semua pun nak di spoon fed, habis la ekonomi kita...lebih kurang la kita dengan negara Greece & North Korea :(

thinaj berkata...

Its unsure yet whether the opposition would actually abolish the need to pay the PTPTN loan. Its all a sweet talk to fish for votes.

thinaj berkata...

Its the students' responsibility to pay their loan. If their loan are being paid by the government, then we will have more unproductive graduates. They wouldn't be motivated to find jobs.

thinaj berkata...

I would prefer if the opposition come up of an idea to abolish the interest in ptptn. Students shouldn't be paying for interest too since its the government duty to help the students in furthering their studies.

Hamdan Hadillah berkata...

PR cuma sengaja mencari sokongan dari pemuda dengan cara ini.

Hamdan Hadillah berkata...

Janganlah terpedaya dengan apa yang pembangkang cuba lakukan itu. Semua ini cuma untuk kepentingan politik semata-mata.

Hamdan Hadillah berkata...

Kita mesti mengikut dengan apa yang telah dipersetujui oleh kita sebgagai seorang peminjam.

Hamdan Hadillah berkata...

Mungkin Pihak PTPTN boleh mencari yang terbaik untuk para peminjam. Namun untuk memansuhkan bukannya satu cadangan yang terbaik.

Hamdan Hadillah berkata...

Kita perlu juga memikirkan kos yang dibuat oleh pihak tertentu. Kalau Free tidak ada salahnya tapi pastikan mendapat keputusan yang cemerlang.

Nemia berkata...

But it will make more burden to the people.

noemi berkata...

From my point of view, PTPTN is helping the students especially the poors to have a better future. So never ever revoked the policy.

ryan berkata...

PTPTN is to help and not to add flame to the fire.

noemi berkata...

The whole thing is to remind the students not to take the loan for granted.

wake berkata...

The government should know the pros and cons of the loan.

evan medhousky berkata...

suka2 saja pakatan bagi janji itu ini.. begini la jadinya bila pemimpin2 yang tidak mempunyai pengalaman mentadbir negara membuat janji.. macam mana dengan peminjam2 yang telah menjelaskan hutang PTPTN mereka??

Green Sabah berkata...

PTPTN was established since 1997 and millions of Malaysians benefit from its loans. Most of the borrowers had managed to repay their loans but the new generation preferred to be spoon-fed by the government instead.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah berkata...

What about those students who have already finish paying the loans? Will they get compensated if the PTPTN loans are abolished? If not, wouldn't that be unfair to them?

http://sabah-go-green.blogspot.com/